Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ahli Sunnah Siri-1

ukhwah

Bismillah..

Terdedik di hati saya untuk menulis tentang manhaj wasatiyyah setelah lama melihat perpecahan yang berlaku dikalangan umat islam.Umat islam hari ini berpecah kepada beberapa firqah kerana perbezaan manhaj dan ideologi politik kepartian.Saya tidak mahu menyentuh tentang politik kepartian kerana mahu fokuskan isu tentang ketaksuban manhaj di kalangan umat islam terhadap aliran-aliran yang menjadi pegangan mereka.

Sebenarnya tidak semua yang berpegang dengan aliran salafi ini bersifat tasyaddud,bahkan dikalangan mereka masih ada lagi yang bersifat mu’tadil(sederhana)dengan meraikan pendapat-pendapat yang bercanggah dengan pegangan mereka dan boleh bersilaturrahim dengan golongan sufi dan asy’irah yang sebahagian mereka “perangi”.Secara perbadi saya mengagumi beberapa Ulama salafi termasuk diperingkat antarabangsa dan tempatan.

Ketaksuban terhadap aliran-aliran firqah yang wujud dikalangan umat islam hari ini sehingga sampai ketahap saling tadhlil(menyesatkan),tabdi'(membid’ahkan),tafsiq(memfasiqkan) dan takfir(mengkafirkan).

Mereka yang beraliran salafi atau dikenali sebagai kaum muda atau digelar juga sebagai wahabi terkenal dengan sikap tasyaddud (sikap keras) yang mana mareka ini mudah membid’ahkan dan menghukumkan syirik kepada perkara-perkara yang bersifat furu'(cabang)di dalam agama.Seolah-olah mereka ini tidak tahu atau terlupa bahawa khilaf itu satu fitrah yang memang sudah berlaku sejak hayat Nabi s.a.w dan baginda sentiasa meraikan khilaf yang berlaku dikalangan para sahabat.Mereka keras dengan pandangan-pandangan mereka sehingga seolah-olah mereka sahaja yang betul dan mereka sahajalah yang mengikut petunjuk sunnah serta generasi para salaf soleh,selain mereka salah dan tersasar dari landasan ahli sunnah..Pendekatan keras mereka ini sebenarnya memaksa orang lain untuk terima manhaj dan hujah-hujah mereka dalam satu-satu perkara khilafiah sedangkan mereka mengaku yang mereka berpegang teguh dengan sunnah dan generasi awal salaf.kalu begitu mengapa tidak boleh meraikan pendapat orang lain,bukankah berlapang dada dalam perkara khilafiah itu dipraktik oleh para salaf soleh.

Sebenarnya tidak semua yang berpegang dengan aliran salafi ini bersifat tasyaddud,bahkan dikalangan mereka masih ada lagi yang bersifat mu’tadil(sederhana)dengan meraikan pendapat-pendapat yang bercanggah dengan pegangan mereka dan boleh bersilaturrahim dengan golongan sufi dan asy’irah yang sebahagian mereka “perangi”.Secara perbadi saya mengagumi beberapa Ulama salafi termasuk diperingkat antarabangsa dan tempatan.

salafi

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Secara umumnya saya melihat salafiyyun(pengukut manhaj salaf) juga berpecah kepada beberapa aliran dan pendekatan sehingga ada yang saling hentam menghentam..Misalnya salafi yang berliran madkholi(merujuk kepada ulama arab saudi yang bernama Rabi’ al madkhali) mereka ini sangat-sangat tasyaddud sehingga disisi mereka mazhab asya’irah sesat,ikhwan muslimin sesat,jemaah tabligh sesat,imam al Banna rahimahullah sesat,Said Qutub rahimahullah sesat,ketua kesatuan Ulama sedunia al imam al Qaradhawi sesat dan pada mereka salafiyyun yang terlibat atau membela mana-mana tokoh-tokoh atau jemaah-jemaah islam yang disebut tadi bukanlah golongan sunnah.

Di malaysia mereka ini dilabel oleh golongan salafi sendiri sebagai geng neo salafi.Antara mereka adalah ustaz Rasul Dahri,Ustaz Idris Sulaiman dan Ulama Muda UMNO (ILMU)

drmaza

ILMU

Dikalangan salafiyyun juga mereka berbeza pandangan sesama mereka dalam hal-hal khilafiah,contoh ada yang bersifat keras dengan membid’ahkan sesiapa yang qunut subuh dan ada juga yang walaupun mereka tidak berqunut subuh tapi mereka tidak membid’ahkan orang yang berqunut subuh kerana mereka tahu bahawa qunut subuh adalah khilaf muktabar,yang sebahagian ulama berpandangan sunat membaca qunut subuh.

Bersambung..

Apa Komen Anda

1 comment… add one
  • Fisabilillah Link Reply

    admin lupa ke maza ni wahabi, semasa wawancara dengan arwahyarham DR UTHMAN EL-MUHAMMADIY mengenai bersatu ummah berpegang sunnah, mereka menyindir DR UTHMAN EL-MUHAMMADIY sambil bergelak ketawa , dah lupa maza ni benarkan kalimah Allah swt di guna pakai oleh golongan kafir, admin ni wahabiyyah ke??

Leave a Comment