Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ahli Sunnah Siri-3

Mufti mesir perpaduan
Antara kaedah lain unutk menyatukan aliran-aliran dikalangan ahli sunnah adalah seperti pendekatan yang pernah dilakukan oleh Darul ifta’Mesir dibawah pimpinan mantan mufti as-Syeikh Dr Ali Jumaah yang megambil pendekatan dengan mengundang para tokoh dari pelbagai kumpulan Muslim untuk mengkaji program yang jelas untuk kebangkitan umat dan mengelakkan perkara-perkara khilafiyyah.

Dar al-Ifta’ menyeru pentingnya kesepakatan untuk melaksanakan fatwa ulama ummah yang bersepakat bahawa sesiapa sahaja yang mengikuti salah satu daripada mazhab yang diiktiraf dari Ahli Sunnah wal-Jama’ah,maka dia seorang Muslim,yang tidak boleh dikafirkan dan diharamkan darahnya,kehormatannya serta hartanya.

Dar al-Ifta’ juga menegaskan bahawa tidak boleh mengkafirkan dan memfasiqkan penganut aqidah al-Asy’ariyyah dan sesiapa yang menganut tasawwuf hakiki serta penganut pemikiran Salafi yang sahih.Sebagaimana dilarang untuk mengkafirkan dan memfasiqkan kumpulan lain dari umat Islam yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya SAW,rukun Iman dan rukun Islam serta tidak mengingkari parkara yang lazim diketahui dari agama.

Kata Dr Umar Abdullah Kamil :

“Sesungguhnya mengapi-apikan perkara khilaf di dalam perkara furu’ akan membawa kepada perpecahan bukannya membawa kepada perpaduan.Ia hanya membuahkan tuduhan-tuduhan bid’ah dan penyesatan.Para Ulama telah berselisih pendapat di dalam perkara ijtihadiyah dan semua diatas jalan yang benar selama mana perselisihan itu tidak berpunca daripada hawa nafsu”

Kata Ibnu al-Arabi:

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

“Seorang alim itu telah mencapai kematangan hanya apabila meninggalkan ketaksuban mazhab”

Kata Sufyan as-Sauri:

“Apabila kamu melihat seorang lelaki melakukan sesuatu perkara yang terdapat khilaf sedangkan kamu memegang pendapat yang berlainan,maka janganlah mencegahinya”

Kata imam an-Nawawi:

“Tidak boleh bagi seorang mufti atau Qadi mewajibkan menggunakan pendapatnya ke atas seorang yang berlainan pendapat dengannya selama mana pendapat itu tidak bercanggah dengan nas,ijmak dan qias yang sohih”

Seperti yang telah kita ketahui bahawa khilaf itu adalah satu fitrah.Khilaf  itu telah berlaku sejak dizaman kenabian lagi dan Nabi sentiasa meraikan khilaf yang berlaku dikalangan para sahabatnya.Oleh itu meraikan khilaf itu adalah satu sunnah dan memaksa orang berpegang pada satu pandangan sahaja adalah bid’ah.

Bersambung..

 

 

 

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment