Save on your hotel - hotelscombined.com

Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ahli Sunnah siri-2

malaysia

Di Nusantara khususnya umat islam di Malaysia majoritinya berpegang dengan mazhab as-sya’irah di dalam akidah(sifat 20 + takwil) dan mazhab imam as-syafie dalam feqh.Menurut al Imam Qaradhawi as-sya’irah adalah mazhab akidah yang paling teramai di dunia.Sebenarnya golongan tasyaddud dan taksub ini bukanlah hanya wujud dikalangan salafiyyun bahkan dikalangan pengikut-pengikut mazhab as-sya’irah dan Maturidiyah juga ada yang keras terhadap salafiyyun dan terhadap ulama-ulama as-sya’irah sendiri.

Jika salafiyyun mudah menghukumkan syirik dan bid’ah kepada yang tidak sebulu dengan pandangan mereka,aliran pondok pula beri’tiqad bahawa mereka(salafiyyun)bukanlah termasuk dikalangan ahli sunnah wal jama’ah.Lebih parah bila golongan keras dari aliran as-sya’irah yang dilebel sebagai Ahbash,mereka ini mudah mengkafirkan sesiapa yang tidak sepandangan dengan mereka.Termasuklah yang pernah mereka kafirkan adalah Ulama-ulama beraliran salafi seperti Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah,al-Imam Ibn al-Qayyim dan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab.Demikian juga mereka mengkafirkan ramai daripada ulama semasa seperti al-Allamah al-Syeikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah,Pemikir islam Sayyid Qutb rahimahullah,Syeikh Muhammad Mutawalli al-Syarawi rahimahullah,Syeikh Muhammad al-Ghazali rahimahullah dan Syeikh Sayyid Sabiq rahimahullah.Di antara ulama Lebanon yang mereka kafirkan ialah Hassan Khalid,Subhi Salih,dan Faisal Maulawi dan ramai lagi yang mereka kafirkan dari ulama-ulama Al-Azhar al-Syarif.

ahbash

Ini contoh seorang ustaz bermazhab as-sya’irah beraliran keras.Kenyataan di atas jelas beliau mengkafirkan al fadhil ustaz Zahazan sebelum mendengar terlebih dahulu penjelasan dari ustaz Zahazan

Kata al Imam al Qaradhawi:

Termasuk perkara yang pelik,mereka golongan Ahbash ini mentohmah aku ini wahabi dan taksub dengan para imam Wahabi,seringkali aku apabila bercakap mengambil daripada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim dan madrasah mereka berdua,mereka (Ahbash) menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim ini menyalahi ijma dalam persoalan ini dan itu..

Inilah realiti umat islam hari ini.Berpecah belah kerana tasyaddud dan ghulu kepada lawan aliran dan taksub kepada manhaj masing-masing.Masing-masing mendakwa merekalah yang paling benar,merekalah yang sebenarnya ahli sunnah wal jama’ah yang tulin,padahal semua yang disebutkan diatas sama ada yang beraliran as-sya’irah seperti sufi,pondok dan ahbash atau yang beraliran salafi,tak kira geng neo salafi atau salafi haraki,semua mereka itu adalah ahli sunnah wal jama’ah.Oleh itu hentikan polemik label-melabel yang sangat-sangat merugikan ummah.Hentikan sikap merasa lebih benar dari orang lain.Bukankah Nabi s.a.w memberi ancaman kepada sesiapa yang mengkafirkan seseorang yang sebenarnya orang itu tidak kafir maka kafir itu kembali kepada yang mengkafirkannya?Bukankah khilaf itu rahmat buat ummah?Bukankah Allah SWT memerintahkan kita supaya bersatu,bermuafakat dan melarang berpecah belah?
Perkara-perkara khilaf berkaitan cabang akidah dan feqh tidak sepatutnya menjadi agenda utama,kerana terlalu banyak lagi agenda umat yang perlu didahulukan.

Penerangan Tuan Guru Haji Hadi Tentang Mazhab Akidah Ahli Sunnah

Pendapat saya yang faqir ilmu ini,kaedah terbaik untuk menyatukan aliran-aliran dalam ahli sunnah adalah dengan menghayati konsep `wasathiyyah’ yang diajar oleh Islam.

Penghayatan `wasathiyyah’ ini seharusnya terpancar dalam setiap watak,sikap dan perilaku setiap dari Ulama-ulama,para penuntut ilmu dan pengikut-pengikut dari semua aliran-aliran.

Bersambung…

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment