Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ahli Sunnah Siri-4

azhar salafi

Gambar ditas adalah pertemuan antara Menteri Wakaf dan Ehwal Islam Arab Saudi Dr.Soleh bin Abdul Aziz bin Ali Syaikh yang mewakili aliran salafi sunni dengan Syeikh al-Azhar al-Imam al-Akbar Dr.Ahmad Thayyib sebagai mewakili aliran Asya’irah sunni pada 9 Oktober 2011.

Kedua-dua pihak telah bersepakat bahawa mereka akan berhadapan dengan apa jua percubaan yang cuba menggugat masyarakat Islam Sunni atas nama apa jua syiar yang bertentangan.

Dr.Soleh bin Abdul Aziz di dalam pertemuan tersebut menegaskan bahawa,Universiti al-Azhar tetap menjadi rujukan kepada seluruh Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan ia tidak boleh disentuh atau ditawar-menawar pada segi agama dan kedudukan politiknya.

Dr.Hasan al-Syafi’i,Ketua al-Maktab al-Fanni telah mengumumkan kepada Syeikh al-Azhar bahawa kedua-dua pihak telah sepakat tentang kepentingan untuk berpegang kepada pemikiran ‘wasatiy’ yang berdiri di atas asas al-i’tidal (pertengahan),tidak menyisihkan yang lain,tidak memungkiri kecuali apa yang diingkari oleh syarak, bersungguh-sungguh dalam hubungan berterusan,saling memahami antara ulama Ahli Sunnah bagi mengukuhkan kedudukan Islam,khususnya antara sesama Ahli Sunnah berdasarkan pemikiran ‘wasatiy’ yang digesa oleh kedua-dua belah pihak.

drmaza n uai


walaupun mereka berbeza pendapat pada sesetengah perkara dalam agama tapi mereka tak pernah bermusuhan.Berbeza pendapat tidak Semestinya perlu bermusuh,itulah tanda islam itu agama yang harmoni

Alhamdulillah,gembira rasanya dengan pertemuan yang membuahkan persepakatan antara dua institusi pemegang amanah Islam ini sekali gus sebagai mewakili dua aliran pemikiran terbesar dalam dunia Islam Sunni.Alangkah baiknya jika hasil dari kesepakatan yang berlaku ini dapat diterjemahkan oleh pengikut-pengikut bawahan agar umat islam sunni tidak lagi berbalah,jatuh menjatuh,label melabel,bid’ah membid’ah,kafir mengkafir,dan fitnah memfitnah.

Sebenarnya konsep wasatiiyah ini bukanlah perkara baru di dalam islam bahkan ia telah pun dipraktikkan oleh ulama sejak zaman berzaman lagi,antara mereka adalah al hafiz Ibnu Kathir dan Al-Imam Izzuddin Abdus Salam.Hari ini konsep wasatiyyah ini dihidupkan kembali dan dipopularkan oleh al imam Yusuf al Qaradhawi yang didokong oleh murid-muridnya yang berada diserata dunia.

Asas Wasatiyyah ini di ambil dari firman Allah swt :-

كَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُواْ شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا

Ertinya : Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam),umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu..(Al-Baqarah : 143)

Di Malaysia konsep ini telah mula disebar luas oleh asatizah-asatizah yang cenderong kepada manhaj wasatiy sehingga mereka menubuhkan Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID) yang dipengerusikan oleh murid imam al Qaradhawi Dr Zaharuddin bin Abdul Rahman.Dengan penubuhan MURSHID ini maka mereka dapat memperkenalkan satu kefahaman ilmu-ilmu Islam berteraskan displin yang SEDERHANA dari sudut penghayatannya serta jitu pada prinsipnya..Beberapa seminar-seminar konsep Wasatiyyah telah berjaya mereka adakan dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari masyarakat.satu perkembangan yang sangat baik.

Saya tertarik dengan konsep pendekatan wasatiy mereka(MURSHID).Di dalam Zaharuddin.net disebutkan:-

“Pendekatan atau pemikiran wasatiy yang ingin disebarluaskan ini hampir semuanya diambil dari kefahaman ulama salafussoleh dan kontemporari iaitu:

Pertengahan atau sederhana DI ANTARA penyeru kepada mazhab yang terlalu sempit ( sehingga seolah yang selainnya adalah sesat dan salah) DENGAN mereka yang menyeru agar tiada perlu bermazhab untuk berpegang terus kepada teks Al-Quran dan Al-Hadis dengan tafsiran sendiri tanpa panduan mazhab.

Liqa-Asatizah-1024x780

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Pertengahan atau sederhana DI ANTARA pengikut tasawwuf yang tidak mengambil kira walau wujud penyelewengan DENGAN mereka yang memusuhi tasawwuf walaupun sebahagiannya masih menuruti ajaran Islam sepenuhnya.

Pertengahan atau sederhana DI ANTARA golongan yang hanya menghukum menggunakan aqal hatta bercanggah nas qat’ie DENGAN kumpulan yang menolak hampir sepenuhnya fungsi aqal (literalis) dalam memahami nas yang anjal bentuk pelaksanaannya.

Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menafikan dalalah ilham secara mutlaq DENGAN mereka yang berlebih-lebihan dalam mengunapakainya sehingga menjadikannya sumber utama hukum Islam.

Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu berkeras hatta dalam perkara cabang dan ranting DENGAN mereka yang mengajak kepada tasahul ( mengambil mudah) hingga dalam hal berkaitan usul dan kuliyyat.

Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu memuliakan khazanah penulisan silam (turath) sehingga seolah menafikan kekurangan kemanusian seseorang manusia ( walaupun seorang ulama terhebat) DENGAN mereka yang berusaha menghilangkan terus relevansi khazanah silam, walaupun ternyata jelas kehebatan dan kejituan huraiannya.

Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu obses dengan teori idealis sehingga kelihatan tidak mengambil kira praktikaliti dan suasana semasa DENGAN mereka yang terlalu mementingkan suasana semasa sehingga tidak mahu melihat langsung kepada yang ideal.

Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada falsafah liberal yang seolah menyucikan hak individu sehingga meninggikannya atas hak komuniti DENGAN mereka yang menyeru kepada falsafah sosialisme yang terlalu menyucikan komuniti sehingga menzalimi hak individu.

Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada kemestian menuruti apa sahaja yang dilakukan oleh Nabi walau dalam hal cabang dan medium urusan muamalat DENGAN mereka yang menyeru pembangunan dan pengubahan walau dalam hal asas dan prinsip Islam.

Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru kepada tajdid dan ijtihad sehingga dalam urusan Usul Agama dan hal Qat’iyyat DENGAN mereka yang menyeru sepenuhnya kepada taqlid dan memusuhi ijtihad, walaupun dalam isu-isu semasa yang tidak pernah disentuh oleh ulama silam (kerana belum wujud).

Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang mengabaikan nusus yang thabit dengan dakwan menjaga maqasid shariah DENGAN mereka yang mengabaikan pertimbangan Maqasid al-Shari’ah dengan dakwaan ingin menjaga nusus secara seratus peratus.

Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang melampau-lampau dalam menyesat dan mengkafirkan DENGAN mereka yang terlalu bermudahan hingga kepada hal kemurtadan yang jelas terang dan mencabuli kehormatan Islam serta berkerja untuk musuh Islam.

Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang melampau-lampau dalam menghukum haram atas perkara, sehingga hampir tiada yang boleh dianggap halal di atas dunia ini DENGAN mereka yang melampau dalam mengharuskan perkara, sehingga seolah tiada yang haram.

Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang tenggelam dalam suasana lampau tidak menyedari perkembangan terkini DENGAN mereka yang melupakan sejarah seolah mahu memadamkan terus pengajaran lampau.

Itulah antara yang sama-sama kami cenderung kepadanya,walau menyedari mungkin ada sebilangan kecil hal cabang yang kami turut berbeza pendekatan dan kecenderungan hukumnya,namun prinsip asas dan umumnya adalah sama dan sepakat di antara kami”.

Kesimpulannya,manhaj wasatiyyah menjadikan kita adil dalam penilaian terhadap ilmu.Kita menjadi terbuka terhadap mendapat-pendapat muktabar yang wujud di dalam islam.Kata-kata”ikhtilafu ummati rahmah”benar-benar dapat kita rasai..Oleh itu kita amat memerlukan lebih ramai ulama Islam Sunni yang mu’tadil (adil dan sederhana dalam menilai) seperti al imam Dr.Yusuf al-Qaradawi,Dr. Wahbah al-Zuhaili,Dr Salman Audah,Dr Aid Qarni,masyayeikh al-Azhar,dan asatizah-asatizah MURSHID antara mereka adalah Dr Zaharuddin,Dr Zulkifli al Bakri,Dr Mazlee Malik,Ustaz Zahazan,Ustaz Fauwaz Fadhil Noor,ustaz Aizam Mas’ud dll..Sesungguhnya sebaik-baik manhaj itu adalah yang pertengahan (al-i’tidal) dan seburuk-buruk manhaj itu adalah yang extrim(ghulu)

wallahu a’lam..

 

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment