Tiga Ulama Kembali Ke Rahmatullah

al fatihah

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

“Daripada Allah kita datang,kepada-Nya kita akan dikembalikan”

Beberapa hari yang lepas dunia islam dikejutkan dengan pembunuhan ke atas as-syahid Sa’id Ramadhan al Buti bersama-sama murid-muridnya..

Semalam(25 Mac 2013)umat islam khususnya di Malaysia dikejutkan pula dengan pemergian tiga orang Ulama..

Mereka ialah:

1) Tuan Guru Haji Ali Kedah : Mengajar Tasawuf (kitab Hikam ) di Masjid-masjid di Alor Setar..

2) Tuan guru Hj Muhammad Abdullah : Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kedah yang telah pulang ke Rahmatullah kira-kira jam 2.45 petang..

3) Dr Uthman El Muhammady yang telah pulang ke Rahmatullah 7.00 malam tadi di rumahnya di ISTAC,IIUM KL Campus,Taman Duta,Kuala Lumpur.

Ingatlah sahabat-sahabat sekalian bahawa kematian Ulama itu merupakan musibah kepada Ummah..

Kerana ulama itu adalah pewaris Nabi

Nabi tidak mewariskan wang dinar atau wang dirham kepada ummatnya tetapi Nabi mewariskan ilmu..

Dan ilmu berasaskan al Quran dan As-Sunnah itu tidak akan kita perolehi melainkan dari pewarisnya iaitu para ulama..

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

إِنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ؛ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالاً، فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا.

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hamba-hamba.Akan tetapi Dia mencabutnya dengan diwafatkannya para ulama sehingga jika Allah tidak menyisakan seorang alim pun,maka orang-orang mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Kemudian mereka ditanya,mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu.Mereka sesat dan menyesatkan.” (HR. Al-Bukhari no. 100 dan Muslim no. 2673)

Ibnu Rajab Al-Hambali t mengatakan: Asy-Sya’bi berkata: “Tidak akan terjadi hari kiamat sampai ilmu menjadi satu bentuk kejahilan dan kejahilan itu merupakan suatu ilmu. Ini semua termasuk dari terbaliknya gambaran kebenaran (kenyataan) di akhir zaman dan terbaliknya semua urusan.”

Al-Fatihah…

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment