
dalam ajaran Nabi s.a.w. sangat menarik hati Uwais, sehingga menyebabkannya menuruti dakwah ke arah kebenaran itu.
Ramai daripada kalangan keluarganya yang telah memeluk Islam, bemijrah ke Madinah untuk menyatakan baiah setia kepada Nabi Muhammad s.a.w. secara langsung. Alangkah sedihnya hati Uwais setiap kali melihat mereka yang baru pulang dari Madinah selepas bertemu dengan Nabi s.a.w., sedangkan dia belum berkesempatan. Kecintaannya kepada Rasulullah menimbulkan rasa rindu yang amat sangat untuk bertemu dengan Baginda, tetapi apakan daya kerana dia tak mampu menyediakan bekalan yang cukup untuk ke Madinah. Lebih-lebih Iagi dia bertanggungjawab menjaga ibunya yang amat memerlukan penjagaan yang rapi. Ketika berlaku perang Uhud, Rasulullah s.a.w telah tercedera dan gigi Baginda patah kerana dilempar batu oleh musuh-
musuhnya. Peristiwa yang menyedihkan ini telah sampai ke pengetahuan Uwais, lalumenyebabkannya memukul giginya dengan batu sehingga patah. Ini dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Baginda s.a.w. Hari berganti dan musim berlalu. Kerinduan yang tidak terbendung membuatkan hasrat untuk bertemu Nabi s.a.w. tidak dapat ditahan-tahan iagi. Uwais bertanya dalam hati, bilakah masanya dia dapat menziarahi Nabi yang amat dicintai itu dan memandang wajahnya dari dekat? Tetapi, dia masih mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya. Tentulah ibunya tidak boleh ditinggalkan sendirian. Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya dan menyatakan perasaan hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar
diperkenankan pergi menziarahi Nabi s.a.w. di Madinah. Walaupun si ibu dalam keadaan uzur, namun dia begitu terharu mendengar permohonan anaknya. Beliau lalu berkata: “Pergilah wahai anakku! temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa dengan Baginda, segeralah engkau pulang.” Dengan perasaan gembira yang berbaur sedih, Uwais berkemas untuk berangkat dan beliau tidak lupa menyiapkan keperluan ibunya serta berpesan kepada jiran-jirannya agar dapat membantu menguruskan ibunya selama ketiadaannya. Sesudah itu, berangkatlah Uwais menuju ke Madinah yang terletak ratusan batu dari Yaman. Perjalanan yang begitu jauh
dilaluinya tanpa mempedulikan penyamun padang pasir, bukit yang curam, gurun pasar yang luas dan terik panas pada siang hari, serta cuaca dingin pada malam hari. Semuanya dilalui dengan semangat waja demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya wajah Nabi s.a.w. yang amat dirinduinya. Setibanya Uwais al-Qarni di Madinah, beliau terus menuju ke rumah Nabi s.a.w., diketuknya pintu rumah sambil mengucapkan salam. Keluarlah isteri Nabi, Sayidatina Aisyah r.ha., menjawab salam Uwais. Uwais terus bertanyakan tentang Nabi s.a.w. yang ingin sangat ditemuinya. Namun, ternyata Baginda s.a.w. tidak berada di rumah kerana berada di medan perang. Betapa sedihnya hati Uwais yang begitu ingin berjumpa Nabi s.a.w. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kepulangan Nabi s.a.w. Tetapi, bilakah Nabi s.a.w. akan pulang? Sedangkan masih terngiang- ngiang di telinganya pesan ibunya yang sudah tua, agar ia segera pulang Yaman. Kerana bisikan ibunya itu menguasai sanubarinya, ketaatan mengatasi suara hati dan kemahuannya untuk menunggu kepulangan Nabi s.a.w., akhimya beliau mohon keizinan daripada Aisyah r.ha. untuk pulang ke Yaman. Dia hanya mengirimkan salam buat Rasulullah s.a.w. lalu melangkah pulang. Sejurus pulang dari pertempuran, Nabi s.a.w. terus bertanya tentang kedatangan orang yang mencarinya. Mendengar
perkhabaran daripada Aisyah, Baginda s.a.w. Iantas menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni ialah anak yang taat kepada
ibunya. Ia sangat terkenal di langit. Mendengar perkataan Baginda s.a.w., Aisyah r.ha. dan para sahabat terpegun. Menurut maklumat daripada Aisyah r.ha. dan para sahabat terpegun. Menurut maklumat daripada Aisyah r.ha., memang benar Uwais telah datang mencari Nabi s.a.w dan segera pulang ke Yaman kerana urusan menjaga ibunya yang sakit. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Kalau kalian ingin berjumpa dengan Uwais al-Qami, perhatikan, tandanya ialah dia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.” Sesudah itu Baginda s.a.w., memandang Sayidina Ali r.a. dan Sayidina Umar r.a., lalu bersabda: “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mohonlah doa dan istighfamya kerana doanya dimustajabkan Allah s.w.t.” Setelah kewafatan Nabi s.a.w., suatu ketika, Khalifah Umar al-Khattab teringat Nabi s.a.w. pernah bersabda tentang Uwais
al-Qami, si penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada Sayidina Ali untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap rombongan yang datang dari Yaman akan disoal oleh mereka berdua mengenai Uwais al-Qami; apakah dia turut bersama mereka? Antara kafilah-kafilah itu ada yang berasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi hinggakan Uwais dicari oleh kedua-duanya. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qami turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Mendengar berita adanya rombongan kafilah yang datang dari Yaman, Amirul Mukminin Sayidina Umar dan Sayidina Ali pergi menemui mereka untuk bertanya tentang Uwais. Apabila diberitahu tentang kewujudan Uwais dalam rombongan itu, mereka terus mencari Uwais di tempat yang diterangkan. Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, mereka mendapati Uwais sedang melaksanakan solat.