Tarikh Melihat Anak Bulan Ramdhan Bagi Tahun 1434H

PUASA

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan..Ramadhan Menjelma Lagi…Menghimpun rahmat dan maghfirah..Bertambah keberkatannya..dengan amal ibadah.

Perasan tak lagi 5 hari sahaja kita nak puasa Ramadhan?

KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa ialah pada petang Isnin,8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan,melalui radio dan televisyen,” kata kenyataan itu.

Jawatankuasa yang bertanggungjawab akan melihat anak bulan di lokasi berikut:

– Pontian Kecil, Johor;
– Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;
– Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;
– Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor;
– Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor;
– Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor;

Lokasi lain ialah:
– Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak;
– Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang;
– Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah;
– Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah;
– Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah;
– Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu;
– Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu;
– Pulau Perhentian, Besut, Terengganu;
– Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu;
– Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan;
– Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai,

Kelantan;

– Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan;
– Tanjung Lubang, Miri, Sarawak;
– Teluk Bandung, Kuching, Sarawak;
– Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak;
– Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah;
– Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang;
– Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang;
– Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;
– Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;
– Menara Kuala Lumpur;
– Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan
– Kuala Sungai Baru,Simpang Empat,Perlis.

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment