Taniah Buat Dr.Taufiq Al Buthi

Dr Taufik al buti

Dr.Taufiq Al Buthi,Putera kepada As-Syahid Dr Ramadhan Al Buthi rahimahullah
terpilih untuk memimpin Ittihad Ulama Bilad Asy-Syam (Persatuan Ulama Negeri Syam)menggantikan kedudukan ayahnya yang syahid beberapa waktu lalu..

Dr.Taufiq memperolehi PHD dalam bidang Feqh dan Usul Feqh di Universiti Damsyik telah aktif dalam Lajnah Al Fatwa di laman nashem Al Sham bersama beberapa ulama lainnya yang berada di bawah pimpinan Syaikh Muhammad Said Ramadhan Al Buthi rahimahullah..

Bekas dekan Syariah di Universiti Damsyik ini sendiri tumbuh dikalangan keluarga ulama.Bukan ayahnya sahaja ‘alim dan faqih bahkan datuknya Mulla Ramadhan juga dikenali sebagai ulama yang disegani di Syria.Dan Ahmad,putera kepada Dr.Taufiq juga selalu bersama dengan Syaikh Al Buthi yang merupakan datuknya dan mengikuti majlis beliau hingga ketika terjadi pembunuhan terhadap Syaikh Al Buthi sang cucu juga ikut terbunuh..

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Taniah buat Dr.Taufiq Al Buthi..Semoga menjadi Ulama soleh yang berani mengatakan kebenaran walaupun pahit untuk ditelan..

 

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment