Sunnah Yang Mudah Dilakukan Tapi Jarang Dibuat

doa wuudk

Ramai yang berat untuk melakukan sunnah-sunnah seperti solat berjemaah di masjid,witir,bangun malam bertahajud,solat dhuha dan puasa sunat isnin khamis secara konsistan.Semua amalan- amalan sunat ini sabit  dari hadis-hadis sohih  tentang kelebihan dan ganjaran besar beramal dengannya..

Jika sunnah-sunnah Nabi seperti yang disebutkan tadi susah untuk kita lakukan secara istiqamah,mengapa  sunnah yang mudah untuk dilakukan masih kita tinggalkan sedangkan pahala dan kelebihan yang ditawarkan tidak kalah seperti beramal dengan sunnah-sunnah besar seperti yang dibsebutkan tadi.Sunnah mudah tapi jarang dilakukan orang yang saya maksudkan disini ialah sunnah berdoa selepas mengambil wuduk.

Doa dan kelebihannya adalah seperti berikut:-

 أَشْهدُ أَنْ لا إِله إِلاَّ اللَّه وحْدَه لا شَريكَ لهُ، وأَشْهدُ أَنَّ مُحمَّدًا عبْدُهُ وَرسُولُه 

Asy hadu alla ilaha illallahu wahdahu la syarikalah,wa asy hadu anna muhammadan ‘abduhu warasuluh

Maksudnya:  “Aku Bersaksi bahawa Tiada Tuhan Kecuali Allah yang maha Esa,tiada sekutu sagi-Nya.Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.

(HR. Muslim)

Dalam riwayat al Tirmizi pula ditambah dengan lafaz:

 اللهم اجعلني من التوابين واجعلني من المتطهرين
Allahummaj ‘alni manat tawabina waj ‘alni minal mutatohhirin

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Maksudnya: “Ya Allah,Jadikanlah aku Dalam Kalangan orang yang Bertaubat dan Jadikanlah aku Dalam Kalangan orang (yang Selalu) Bersuci.” 

Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang membaca doa itu (selepas wuduk),nescaya dibukakan kelapan-lapan pintu syurga itu baginya,untuk dipilih dari manakah dia akan memasukinya.

(HR.Muslim)

 Masya Allah besar sungguh tawaran Allah kepada siapa yang membaca doa selepas wuduk ini..Allah bukakan 8 pintu syurga dan orang itu boleh pilih dari mana-mana pintu-pintu syurga yang dia nak masuk.Mulai sekarang jom kita amalkannya secara istiqamah setiap kali selepas kita berwuduk .Kalau tak hafaz lagi cuba la hafaz..Pendek je doanya kan..Baca 10 kali ingatlah tu..

 

 

Apa Komen Anda

2 comments… add one
  • alhamdulillah..terima kasih atas peringatan..memang sangat mudah dilakukan tapi tak ramai yang melakukannya..ramai mengambil remeh,sedangkan ganjarannya amatla besar..allahuakbar..

  • Normah Ahmad Link Reply

    Terima kasih, insya’Allah akan cuba istiqamah mengamalkannya 🙂

Leave a Comment