Seni Arca dan Tuntutan Masa Kini

Seni Arca dan Tuntutan Masa Kini

Keghairahan melayari zaman teknologimengajak generasi baru pengamal seni serta pengkarya seni atau mereka yang inginkan pembaharuan sama-sama menjadikan inovasi teknologi terkini sebagai suatu pengucapan seni bentuk baru. Sebenarnya pembaharuan yang digambarkan ialah perubahan dan perkembangan idea dan pandangan yang berlaku dalam kehidupan sosia1 ekonomi dan politik kita.

Apakala perubahan ideologi bertukar ganti, terlihat pula bagaimana perubahan kepada gaya seni arca yang lebih berbentuk hebahan atau berbentuk propaganda telah bertapak dalam artistik kita.

Sebagai contoh, pengaruh pemikiran Islam yang pada satu ketika dahulu mewarnai gaya seni lukis,jelas menggambarkan situasi ketika itu. Ideologi Islam sedang berkembang dalam negara yang turut berubah dari segi sosial, ekonomi dan politik.

Anjakan demi anjakan dengan kepesatan daya saing teknologi pada zaman kini telah menjadikan seni arca pada masa ini tidak kurang pentingnya. Sejak zaman 50-an lagi, kesenian ini mengalami pemulihan demi pemulihan bergantung kepada persekitaran iaitu apa yang berlaku di dalam kehidupan sosial, ekonomi dan politik.

Penggunaan seni arca pada masa kini semakin meluas apabila kemunculan seni berbentuk “motion” yang dikenali seni video menjadi suatu peralihan baru terhadap orentasi teknologi. Seni video melibatkan ‘masa’ malah tidak bersifat statik seperti catitan, arca yang lama ataupun foto. Peralatan seperti monitor televisyen atau projektor dan peralatan video menjadi sebahagian daripada orentasi seni ini.

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Pada masa kini, seni arca digunakan oleh pelapor-pelapor seni yang cuba memperlihatkan bagaimana propaganda yang disalurkan di media masa telah berjaya menguasai serta menembusi pemikiran manusia dalam kehidupan, kepercayaan, budaya, bangsa dan agama.

Dan juga begitu, arfistik menganggap bahawa setiap bahantara itu mempunyai atau memberi gaya
komunikasi sendiri melalui penstrukturan maklumat dan imbangan deria. Jika dilihat perubahan dan perkembangan gabungan antara seni ini dan teknologi tidak langsung menjejaskan bahasa dan tatabahasa seni arca. Perletakan elemen formalistik sent dan konteks serta isinya masih lagi dalam aturan yang sama.

Jelas sekali para artistik yang khusus pada seni arca perlu mengambil kira garisan, rupa, bentuk, ruang dan sebagainya supaya elemen-elemen tersebut tidak diabaikan atau diketapikan. Termasuk juga komponan lain seperti imbangan, harmoni, ulangan dan sebagainya. Cuma taknik dan gaya pengucapan atau penyampaian sahaja yang barlainan.

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment