Sejarah Tapediri65

Tapediri 65

Tapediri 65 diasaskan pada 1 Rejab 1430H oleh Tuan Haji Rahmat bin Haji Abd Razak di Seremban, Negeri Sembilan. Rasa tanggungjawab dan desakan untuk membawa perubahan bersandarkan kehendak agama adalah antara faktor utama membawa kepada lahirnya Tapediri.

Tuan Haji Rahmat merasa terpanggil untuk mencari wadah penyelesaian dan jalan keluar terhadap pelbagai kecelaruan dalan jemaah yang dipimpin beliau sebelum ini. Beliau merupakan seorang pemimpin yang bergelar Ayahanda (Khalifah) di dalam satu pertubuhan yang bergiat aktif dalam Malaysia.

Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi Gabungan Ayahanda Negeri Sembilan. Setelah mendapati matlamat pertubuhan tersebut sudah mula tersasar. ‘Amar Makruf Nahi Mungkar’ yang dilaungkan sekadar tinggal slogan sebaliknya persepsi ramai terhadap pertubuhan ini adalah keganasan, gangterisme dan tindak tanduk yang tidak mencerminkan matlamat pertubuhan itu sendiri.

Tidak ada lagi kesungguhan dalam melaksanakan amanah Allah dan RasulNya. Justeru itu beliau merasakan perlu ada satu wadah dan kaedah yang sesuai untuk merawat kerasukan anak-anak muda khususnya yang ghairah untuk mencari ‘ilmu kuat’ dan menonjolkan kehebatan diri yang tersasar jauh dari syariat Islam.

Pencarian beliau berkaitan ilmu pertahanan diri telah membawa beliau ke merata tempat di dalam negara malah sehingga ke Indonesia. Setiap ilmu yang dikutip dinilai terlebih dahulu agar ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam. Dalam masa yang sama beliau juga telah meneroka luas alam perubatan Islam. Hasilnya kombinasi ilmu pertahanan diri dan rawatan Islam ini dinamakan TAPEDIRI 65.

seni pertahankan diri

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

MAKSUD TAPEDIRI 65
 
‘TA’ merujuk kepada TAQWA, ‘PEDI’ bermaksud PERTAHANAN DIRI manakala ‘RI’ adalahRAWATAN ISLAM. Manakala no.6 melambangkan rukun Iman dan no.5 melambangkan rukun Islam yang menjadi pegangan orang mukmin. pelbagai bacaan dan amalan yang disusun mengikut tahap-tahap tertentu menjadikan TAPEDIRI sebagai pakej lengkap dari segi ibadah dan ketaatan, pertahanan dan rawatan.
Setelah tertubuhnya Tapediri pada Jun 2009, usaha gigih Tuan Haji Rahmat yang bergelar Ayahanda Guru Panglima Utama menyeru ‘golongan-golongan kuat’ untuk mendekati Islam. Dengan pakej lengkap yang ditawarkan, usaha beliau mula mendapat perhatian dan sambutan.
Hasil dari syariat yang ditetapkan dalam ilmu ini, secara beransur-ansur, semakin ramai ‘golongan kuat’ yang mula menundukkan diri pada perintah Ilahi. Walau dengan latar belakang yang selama ini menongkah perintah agama, menyongsong kehendak nafsu, perubahan yang terhasil amat mengkagumkan.
Berkat kesungguhan dalam menjalankan tarbiyah dan talbiyah secara berterusan, akhlak, teladan dan kepimpinan Ayahanda Tuan Haji Rahmat, anak-anak pimpinannya berubah bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada ahli keluarga dan lebih ramai lagi dari sahabat-sahabat.

 

Apa Komen Anda

6 comments… add one
  • saifullah @ qasha Link Reply

    salam, kalau xkeberatan bole pm sy no ayah haji… sampaikan salam saya and pesan pada dia sy murid lama dia qasha dduk nilai sebelum ni.ada hajat yg sy nak beritahu dia.

  • saifullah @ qasha Link Reply

    maaf.. no sy 0137736027

  • zaman Link Reply

    salam..
    bagaimana dengan kes penipuan ayah zul yang telah menipu ramai orang dengai ilmu ini.
    tidakkah ini telah merosakkan imej tapediri malaysia yang di pandang mulia oleh setiap rakyat malaysia.

  • Saya berminat nk belajar,,,Mcm mna ye,,,

  • siti Link Reply

    Assalamualaikum ayahanda dn sahabat semua…sy mengalami mslh yg kririkal dan tersangat malu utk di bicarakn
    Mungkin ini teguran dr Allah ketika kita melupakaNya..sy dan ank perlu di rawat walau sudah tiada penawar di muka bumi ini..

    • Rosbi Rosley Link Reply

      Assalamualaikum,,,cik puan siti,,,,klau perlukn rawatan…boleh bg no contact cik/puan,,,

Leave a Comment