Sampaikan Salamku Kepada Rasulullah

Rasulullah

Sahabat sahabat pembaca yang dirahmati Allah dan dikasihi Rasulullah.

Diantara adat masyarakat kita,bila ada kenalan yang akan berangkat ke tanah suci Mekah dan Madinah,mesti ada yang minta agar sampaikan salamnya kepada Rasulullah s.a.w.

Sebenarnya tidak perlu mengirim salam kepada Nabi saw dengan jemaah haji@umrah,kerana Allah telah pun menjamin untuk menyampaikan salam hambanya kepada Rasulnya di mana-mana sahaja hambanya berada..Rasulullah saw bersabda :

إن لله ملائكة سياحين في الأرض يبلغوني من أمتي السلام

[رواه النسائي]

“Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang berjalan-jalan di bumi,yang akan menyampaikan kepadaku salam dari umatku.”

(HR an Nasa’i dan disohihkan oleh Syeikh al Bani)

Kata Syeikh Ibnu Utsaimin rahimahullah:

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

“Dari sini kami katakan,kalau anda memberikan salam di ujung dunia,maka salam anda akan sampai,kerana Allah telah mewakilkan malaikat yang berjalan-jalan di bumi”

Namun dari segi hukum,syarak tidak melarang untuk kita mengirimkan salam kepada Nabi saw melalui jemaah-jemaah haji\umrah yang akan berangkat ke tanah suci Madinah..Ini berdasarkan perbuatan Khalifah Umar Abdul Aziz dimana beliau telah mengutuskan seorang dari syam menuju ke Madinah untuk menyampaikan salamnya kepada Nabi s.a.w.

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment