Sahabat Nabi Merawat Dengan Al-Fatihah

al-fatihah-2

 

Dalam sebuah hadis daripada Abu Said Al-Khudri r.a ia menjelaskan adanya satu kumpulan sahabat Rasulullah s.a.w yang keluar pergi musafir. Di tengah perjalanan mereka telah singgah di sebuah perkampungan Badwi. Mereka telah meminta makanan, tetapi penduduk kampung tersebut enggan memberinya. 

Dengan takdir Allah s.w.t tidak lama setelah itu, ketua kampung berkenaan telah disengat binatang. mereka telah berusaha untuk mengubatinya tetapi gagal. Sesetengah daripada mereka mencadangkan agar mereka meminta pertolongan daripada kumpulan orang islam yang singgah di kampung tadi. Berkemungkinan mereka boleh membuat sesuatu untuk merawat mereka yang disengat binatang tadi.

Mendengarkan harapan yang begitu tinggi terhadap mereka, sebahagian daripada orang islam tadi memberitahu bahawa mereka boleh menolongnya, tetapi oleh kerana penduduk tersebut pernah menolak permintaan mereka sebelum itu, mereka tidak akan menolongnya kecuali setelah berjanji memberi upah.

Rombongan itu bersetuju atas permintaan tadi untuk memberi beberapa ekor kambing. Orang islam yang berkenaan datang menemui ketua kaum yang sedang sakit, lalu dihembusnya air ludah pada tempat yang sakit tadi sambil membaca : “Alhamdulillah“. Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa doa yang dibaca ialah Surah Al-Fatihah lalu perawat tadi mengumpulkan air ludahnya dan dihembuskan menyebabkan pesakit beransur sembuh. Dalam satu riwayat lain, dijelaskan bahawa upah yang diberi ialah tiga puluh ekor kambing.

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Keterangan hadis ini memperlihatkan bahawa Surah Al-Fatihah itu amat besar fadilatnya, di antaranya ialah untuk merawat pesakit akibat terkena racun, seperti disengat kala jengking, lipan dan sebagainya.

Dijelaskan juga dalam keterangan hadis ini bahawa perawat, dengan izin Allah berjaya melakukan rawatan dengan membaca Ummu Al-Quran (Surah Al-Fatihah). Kalau difikir dari segi logiknya, terlalu sukar untuk menerima hakikat, bahawa pesakit boleh sembuh hanya dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan sedikit hembusan air ludah.

Setiap orang islam boleh dikatakan tahu membaca Surah Al-Fatihah, tetapi untuk meyakinkan bahawa bacaan yang dituturkan membolehkan seorang pesakit, seperti sakit terkena gigit kala jengking atau lipan boleh sembuh, sering dirasakan seumpama sesuatu yang sukar diterima. Malah kita sendiri mungkin tidak yakin bahawa usaha seperti ini boleh berjaya. Tetapi kesembuhan seperti ini bukan sesuatu yang mustahil, kerana Allah s.w.t maha berkuasa, tidak digagahi oleh sesuatu, apabila Ia mengkehendaki sesuatu Ia berkata : jadilah maka jadilah (Surah Yasin :82)

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment