Punca Masalah Keluarga

laki bini gaduhAntara Punca Masalah Keluarga:-

1. Lemah dalam kefahaman dan amalan agama

Tidak dapat tidak asas untuk mengatasi semua masalah mesti berteraskan agama.Sebarang penyelesaian masalah sama ada dengan psikologi dan lain-lain yang tidak berteraskan agama sebenarnya masalah itu cuma dapat dirawat sekadar”kulit”sahaja,adapun masalah dalaman tidak akan dapat dirawat.Bila tak dirawat maka masalah akan terus bertambah teruk dan parah.

2. Suasana dalam rumah tangga

Bila suasana di dalam rumag tangga terlalu ketat maka dikalangan ahli keluarga pasti ada yang stres.Bila stres ini mengundang suasana yang tidak sihat dalam rumah tangga..Apabila terlalu longgar pula keluarga akan tunggang terbalik,masing-masing bual hal sendiri..Ini juga suasana yang tidak sihat.Oleh itu cara terbaik yang anda perlu wujudkan di dalam rumah tangga adalah suasana yang seimbang.Bila suasana seimbang itu wujud dalam rumah tangga maka keluarga anda akan harmoni.

3. Tidak tahu apa pendekatan yang sepatutnya diambil dalam menangani masalah

Bila kita diuji dengan masalah dalam rumah tangga kita tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikannya.Apa yang kita tahu ketika itu adalah marah-marah,mengamuk,pukul memukul,lari rumah,cerai,atau terjun tingkap..Inilah kesilapan kita yang ia bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah yang sedang berlaku dalam rumah tangga bahkan ia sebenarnya membarahkan lagi masalah yang memang sudah parah.

mangsa

Setiap insan yang beriman dengan qado dan qadar Allah perlu tahu bahawa setiap ujian\musibah\bala yang Allah timpakan itu sebenarnya adalah tanda Allah ingatkan kita..Sayang kita..Bila kita redho dan bersabar dengan ujian tersebut maka Allah akan angkat darjat kita dan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan.

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Bila kita redho dan bersabar dengan masalah yang sedang melanda dalam rumah tangga kita,kita akan tenang dalam menyelesaikan masalah tersebut.Mengadulah kepada Allah dalam sujud dan doa bersungguh-sungguh,kemudian adakan perbincangan..Berlembutlah dalam memberi nasihat kepada anak-anak terutamanya yang sudah dewasa.Kerana orang muda ni “berdarah panas”.Insya Allah,Allah akan memberi kelapangan untuk menyelesaikan masalah rumah tangga yang sedang dihadapi.

4. Persekitaran diluar rumah

Persekitaran diluar rumah juga kadang-kadang menjadi punca kepada berlakunya masalah dalam rumah tangga.Sebab itulah disebutkan di dalam hadis: “Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia,iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah,rumah yang bagus (luas),jiran yang baik,dan kenderaan yang bagus.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban).

Kerana jiran keluarga kita boleh bahagia,kerana jiran juga keluarga kita boleh porak peranda.Oleh itu berdoalah selalu agar Allah tempatkan kita bersama jiran-jiran yang baik.

Apa Komen Anda

4 comments… add one
  • informasi yang berguna…

    thanks for sharing…

    lawat blog saya juga ya…

  • tok dak

  • Masalah adalah ujian kepada kita sama ada kita bersyukur atau kufur

  • atiqah Link Reply

    saya banyak masalah dalam keluarga saya. Saya taknak hidup mcm ni lagi . Saya tak tahan . Asyik diseksa, saya dah besar. hm .

Leave a Comment