Perbezaan Antara Qiamulail Dan Tahajjud

qiamulailAllah berfirman : “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu, semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu (pada hari akhirat) ditempat yang terpuji”. (isra’:79)

Qiamulail dan tahajjud ialah solat yang dikerjakan pada waktu malam. Maka setiap solat sunat yang didirikan pada waktu malam dinamakan qiamulail, dan setiap solat sunat yang didirikan selepas bangun daripada tidur dinamakan tahajjud. Secara ringkasnya setiap solat tahajjud adalah qiamulail dan tidak semestinya qiamulail itu adalah tahajjud.

Al-Hajjaj bin Amru berkata : “Adakah kamu menyangka apabila salah seorang daripada kamu mendirikan solat pada waktu malam sehingga subuh ia telah bertahajjud? Sesungguhnya hanya dikatakan tahajjud apabila seseorang itu solat malam selepas dari tidur. Inilah (solat selepas daripada tidur) yang dilakukan oleh Rasulullah saw”.(mu’jam kabir3/325)

Sebahagian fuqaha’ Syafie dan Maliki mentakrifkan tahajjud seperti berikut : Solat sunat yang didirikan pada waktu malam selepas tidur.

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

*Perbahasan mengenai qiamulail sngat panjang merangkumi perbezaan pendapat ulama’ tentang permulaan waktu, waktu yg afdal dan sebagainya perbezaan ini berlaku krn berbezanya pemahaman mereka tentang hadith nabi saw..sy cuma datangkan perbezaan diantara qiamulail dan tahajjud sahaja moga ianya bermanfaat…wallahu a’lam

– rujukan: mMawaqit al ibadat az zamaniah wal makaniah oleh dr. nazzar mahmud qasim as syeikh, mu’jam miftah dan tafsir quran al karim.

– kyo kusanagi

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment