Save on your hotel - hotelscombined.com

Peranan Muslim Boikot Pepsi dan Cola-cola

pepsi-coke-008

Najis pepsi dan Cola-Cola? sedarlah kita sebenarnya dua air berkarbonat yang dilanggah oleh segenap orang muslim hampir setiap dan setiap masa sebenar minuman yang dihasilkan daripada najis paling berat dalam Islam. Apakah maksud semua ini? Berita tergempar ini terbongkar oleh Akademi Penyelidikan Islam Mesir  yang membuat kenyataan mengenai haramnya kedua-dua minuman ini disebabkan Pepsi dan Coca-Cola dihasilkan daripada usus khinzir atau secara jijiknya boleh dikenali dengan usus babi!

Sedarlah kita selaku muslim yang hari-hari melaungkan kalimah ”Islam! Islam!” sebenarnya didalam abdomen dan darah daging kita terkandung najis-najis ini? Tidakkah kita sedar kempen boikot Israel dan Amerika yang dianjur seketika dahulu kini membuah hasil apabila sebuah Coca-Cola Mesir telah kerugian sebanyak 500 juta Pound Mesir (RM323 juta) dalam tempoh setahun! ini petik daripada sebuah akhbar tabloid Mesir Al-Usrah keluar 20 jun lalu yang lalu bertajuk ”Jangan Minum Pepsi dan Coca-Cola”.

Adakah kenyataan ini semata-mata sebagai satu anasir untuk kempen boikot? Tidak, bukan sekadar boikot tetapi sudah menjadi peranan kita sebagai penganut agama Islam yang suci ini untuk mengharamkan minuman tersebut.

Akademi Penyelidikan Islam Mesir baru-baru ini telah membuat penyelidikan dan kajian ke atas kedua-dua minuman tersebut dan mendapat ia sah mengandungi usus babi. Kita sebenarnya telah lama menjadi sahabat kepada Zionis dan Amerika kerana setiap Junaih yang dibakar untuk menghentam dan meleburkan segelintir umat Islam di seluruh dunia.

Buat pertama kali dalam sejarah syarikat tersebut mengalami kerugian sehingga mencecah angka juta setelah muncul beberapa minuman baru dari syarikat lain yang menjadi saingan bagi Pepsi dan Coca-Cola. Pasaran Teluk dan Negara-negara Islam telah berubah angin kepada minuman baru iaitu Zam-zam Cola, kedua-dua sebuah syarikat Iran sebagai alternatif kepada Coca-Cola yang berjaya mencatat kejayaan yang agak memberangsangkan dengan 10 juta botol Zam-zam Cola terjual dalam tempoh 4 bulan pertama sahaja. Berikutan perrnintaan ramai, Zam-zam Cola Iran berhasrat rnernbuka beberapa cawangan di Arab Saudi dan di seluruh Negara Teluk.

Begitu juga dengan Mecca Cola yang mencatat permintaan tertinggi di Arab Saudi, Perancis, United Kingdom, Jerman, Itali dan Sepanyol serta beberapa negara lain. Berdasarkan akhbar AI-Usrah Al-Arabiah, permintaan Arab Saudi untuk Mecca Cola mencecah 5 juta botol. Manakala di Syria, minuman Mandarin menjadi ‘minuman asasi’ negara Syria, Lubnan dan Jordan. Minuman Star Cola pula menjadi pilihan utama rakyat Emiriah Arab Bersatu. Satu-satunya minuman kegemaran umat Islam di United Kingdom ialah Qiblat Cola.

Rakyat Mesir sendiri kebanyakannya menjadikan jus tebu, subya, tamar hindi dan karkadeh sebagai ganti kepada Coca-Cola. Tidak syak Iagi, kebanyakan minuman berkarbonat keluaran Amerika khususnya Pepsi dan Coca-Cola boleh membawa kepada penyakit tu1ang dan kencing manis. Menurut Dr. Muhsin Mukhtar dari Bahagian Pengemaran Makanan Pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir, pengambilan minuman bergas yang berlebihan boleh menyebabKan kandungan gula dalam badan meningkat dan bo1eh menyebabkan kesukaran untuk tidur pada waktu malam. Manakala minuman bergas yang mengandungi pewarna pula mempunyai pewarna yang boleh meningkatkan kadar asid dalam darah. Beliau juga menyarankan supaya kita meminum air mineral dan jus buah-buahan kerana ia lebih berkhasiat dan mampu menjaga tahap kesihatan seseorang kerana minuman-minurnan ini tidak mengandungi gas dan kandungan gula yang berlebihan yang tidak baik untuk badan.

Karkadeh atau Rosell, minuman pati bunga raya yang agak popular di republik arab mesir dapat membantu [proses percernaan dan mampu mengubati penyakit lelah selain mampu memberi tenaga kepada badan seperti jus buah-buahan yang lain. Menurut Ahmad  Baha’uddin Syaaban pula, negara Iran, Syria dan perancis telah berjaya memboikot minuman Coca-Cola dan Pepsi dengan Zam-Zam Cola dan Mecca Cola sebagai ganti beliau juga yakin dan percaya mesir juga mampu berbuat demikian.

Kesimpulannya, Pepsi dan Coca-Cola jelas disini hukamnya haram seperti apa yang dijelaskan oleh Akademi Penyelidikan Islam Mesir. Sekarang apa peranan kita selaku induvidu muslim? Tidakkah terdetik di sanubari kita untuk menanamkan rasa benci dan jijik terhadap kedua-dua minuman najis ini? Musuh Islam telah mengkaji beratus-ratus keadah untuk menghancurkan umat islam termasuk dari aspek pemakanan sendiri. Di malaysia khususnya, masih terdapat banyak produk Amerika dan Zionis yang antaranya  menjadi satu kebanggaan kepada anak muda. Apa yang hendak dibangga? banggakah kita sekiranya darah daging kita bercampur dengan najis lemak babi? Apa lagi yang hendak dibanggakan? Boikot najis Coca-Cola dan Pepsi.

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment