Pengajaran Dan Hikmah Peristiwa Di Syiria

Hikmah Peristiwa Di Syiria

Pengajaran Dan Hikmah Dari Peristiwa Yang Berlaku Di Syiria Ialah:

1- Mendedahkan siapakah sebenarnya Basyar Asad (sebelum ini beliau sentiasa menonjolkan diri sebagai seorang yang penyanyang,lembut dan berperikemanusiaan)

2- Mendedahkan sikap sebenar Iran,Hisbullah dan penganut ajaran Syiah yang sangat membenci umat Islam sunni.

3- Mendedahkan betapa lemahnya umat Islam dan negara-negara Arab bila keputusan yang diambil dan arahan persidangan negara-negara Arab tidak sedikitpun ada kesannya.

4- Mendedahkan sikap munafik sesetengah ulama yang tetap menyokong Basyar walaupun membunuh,merogol dan memusnahkan rakyat sendiri.

5- Membuka pintu jihad dan peluang untuk mati syahid.

6- Membuktikan betapa berkatnya bumi Syam dan kawasan sekitarnya kerana sentiasa menjadi medan perjuangan dan melahirkan pejuang yang terbukti kegigihan dan kesabaran mereka.

7- Mengajar umat Islam betapa kuasa besar dunia hanya bertindak jika ada kepentingan negara mereka sahaja,kemanusiaan dan kebenaran tidak ada harganya bagi mereka..China dan Russia menyokong rejim Syaitan Asad,Amerika dan NATO berdiam diri untuk kepentingan Isreal.

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

8- Mendedahkan kemunafikan dan sikap pentingkan diri sendiri yang ada pada diri kita jika kita tidak merasakan apa-apa bila melihat kekejaman seperti ini..Mendedahkan sifat malas dan bakhil kita jika tidak terlintas untuk menyokong orang yang tertindas dan dizalimi…mendedahkan hati yang telah mati sebelum diri dikuburkan.

9- Mengubah pandangan dan pendekatan sebahagian Ulama seperti al imam Yusuf al Qaradhawi yang sebelum berlakunya peristiwa di Syiria,beliau antara yang berusaha untuk menyatukan(taqrib)sunni-syiah,tapi setelah apa berlaku di Syiria beliau mengisytiharkan bahawa Syiah adalah musuh Islam dan Hizbullah itu adaalah hizbuSyaitan.

MindaKini.Com

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment