Mukjizat Rasul

Mukjizat

Maksud Mukjizat:

Dari segi bahasa:Melemahkan

Dari segi istilah:Perkara yang menyalahi adat(kebiasaan)yang dikurniakan kepada seorang Rasul yang mendakwa dirinya menjadi Rasul serta tidak dapat dihalang oleh siapapun”(Rujuk:Aqidah Muslim oleh Hj Nukman bin Che Amin)

Contoh Mukjizat Rasul:

Mukjizat Nabi Ibrahim a.s

Diantara mukjizat Nabi Ibrahim a.s.ialah baginda tidak hangus terbakar ketika dicampak kedalam api oleh Raja Namrud

Firman Allah:

Ertinya:”Berkata mereka itu(Pembesar)bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu,jika kamu benar-benar hendak bertindak”.

Kami berfirman: “Hai api jadilah kamu sejuk dan selamatanlah Ibrahim”.(Surah al anbiya’68-69)

Mukjizat Nabi Musa a.s.

Diantara mukjizat Nabi Musa a.s.ialah tongkat menjadi ular yang besar,tongkatnya juga dapat memancarkan 12 mata air dan lain-lain.

Firman Allah:

Ertinya:Allah berfirman”Campakkanlah tongkatmu wahai Musa”lalu tiba-tiba tongkatnya menjadi ular yang menjalar,Allah berfirman”tangkaplah dia jangan engkau takut kami akan kembalikannya kepada keadaan asal”(Surah Toha ayat 19-21)

Mukjizat Nabi Isa a.s.

Diantara mukjizat Nabi Isa a.s. ialah baginda dapat mencelikkan orang yang buta,menghidupkan orang yang telah mati,membentuk burung dari tanah dan lain-lain.

Firman Allah:

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Dan Rasul kepada Bani Israil: “Sesungguhnya aku bawa kepada kamu bukti(mukjizat)dari Tuhan kamu iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung,kemudian aku tiup kepadanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak,dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah”(Surah Ali ‘Imran ayat 49)

Mukjizat Nabi Muahammad s.a.w

Antara Mukjizat Rasulullah s.a.w ialah:

-Keluar air dari celahan jari-jari Rasulullah s.a.w

-Peristiwa isra’ dan Mikraj

-Dapat membelah al Quran ketika diminta oleh Musyrikin

-al Quran al Karim..Inilah mukjizat terbesar Rasulullah s.a.w

Tujuan Mukjizat Antaranya:

-Untuk membuktikanya bahawa dia adalah Rasul Allah

-Untuk mengalahkan orang-orang yang mengingkarinya

-Untuk membuktikan kekuasaan Allah ‘azza wa jalla. boleh melakukan apa-apa sahaja yang dikehendakiNYA.

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment