Merawat Hernia Pada Bayi

hernia

Kaedah Merawat Hernia Pada Bayi:

Permasalahan hernia atau angin pasang atau pasang surut antara yang lazim berlaku pada bayi lelaki,jarang berlaku pada bayi perempuan..Untuk permasalahan ini,ibu digalakkan memakan kurma,madu dan Habbatus Sawda’ setiap pagi sebelum sarapan,sebelum makan tengahari,dan sebelum tidur malam..

Sukatannya :

1-3 sudu madu (dos dikurangkan untuk pengambilan waktu malam)

1-5 biji kurma (dos dikurangkan untuk pengambilan waktu malam)

1-3 cubit Habbatus Sawda (biji),1-3 sudu (pati/minyak).(dos dikurangkan untuk pengambilan waktu malam)

Aturan pemakanan ini diamalkan sepanjang tempoh menyusu,elakkan pemakanan yang sejuk,contoh nasi dingin dan sebagainya.

Jika bayi diberi minum susu formula,pastikan semasa kocakan susu,tidak terlalu kuat,sehingga menghasilkan buih dipermukaan susu kerana ini akan mendatangkan gas beserta susu dan memberi risiko kembung perut yang berlarutan menjadi hernia kepada bayi tersebut.

Perlu diingatkan,kembung perut tidak semestinya hernia,tetapi hernia lazimnya akan disertai dengan kembung perut.

Lakukan urutan 2 jari pada bayi setiap kali selepas mandi terutamanya (jika boleh setiap kali melakukan penukaran lampin),diurut lembut dengan ibujari atau duajari dari ari-ari ke atas sebelum pusat(pastikan jangan melebihi pusat),sampai di pusat lakukan urutan pusingan lawan jam dari pangkal ulu hati ke sekeliling perut,sebaiknya juga dilakukan pada malam hari sebelum tidur.

Pastikan jika menggunakan minyak berangin,perut jangan didedahkan dalam jangka masa yang lama tanpa dibengkung,kerana akan membawa kepada risiko kembung + hernia.

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Minyak untuk masalah hernia anak-anak,boleh dibuat sendiri,sediakan minyak zaitun atau minyak kelapa (tanak) kemudian dicampurkan dengan minyak H/sawda’ dan sedikit bunga cengkih (yang telah diserbukkan),dikacau atau gaul hingga sebati,biarkan selama satu malam,keesokkannya sudah boleh digunakan untuk urutan,selain dari itu disapukan ke testis bayi tersebut (arah dari pangkal testis ke pangkal zakar).

Antara doa khusus yang boleh diamalkan semasa melakukan pengurutan adalah Ya Lathif,dizikirkan berulang kali semasa urutan dilakukan.

Pada minyak tersebut boleh dibacakan dengan Istighfar 21x,BasmALLAH 21x,Al Fatihah sebanyak 21x,Al Ikhlas 11x dan Selawat 21x,kemudian mohon hajat ke hadrat ALLAH Azza Wajalla..Semoga ALLAH memberi kesembuhan atas usaha dan ikhtiar ini.

Sumber:Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus -Terapi Islam Al Fatah (TIAF)-

 

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment