Maybank2u Online Banking Perbankan Mudah Alih Anda

Maybank2u Online Malaysia

Perbankan mudahalih iaitu platform maybank2u merupakan satu revolusi baharu pengurusan kewangan melalui talian. Untuk menggunakan servis maybank2u, pengguna perlu meminta login id dan kata laluan di cawangan Maybank terdekat ataupun dengan memintanya di mesin ATM menggunakan kad ATM mereka.

Laman Maybank2u boleh diakses dengan melayari www.Maybank2u.com. Pengguna akan diperlukan untuk login ke akaun mereka untuk mengakses penyata, melibat baki dan aset simpanan di dalam Maybank, membuat pindahan antara bank dan lain-lain servis berkaitan perbankan.

Maybank2u sangat berkesan dan sesuai digunakan oleh pelbagai lapisan umur. Ini merupakan kemudahan alternatif utama pengguna maybank daripada ke bank untuk membuat urusan perbankan mereka. Maybank2u dikendalikan sepenuhnya oleh sistem perisian komputer yang mengambil alih sebarang aktiviti di web tanpa perlu dikendalikan oleh pegawai bank.

Untuk bermula, pengguna perlu meminta maklumat login id dan password melalui cawangan Maybank ataupun di ATM Maybank. Pengguna akan diberi juga nombor pin untuk membuat verifikasi login supaya pengguna boleh mendaftar maklumat mereka ke dalam Maybank2u. Kemudian, pengguna akan diminta untuk memasukkan id login, kata laluan serta nombor pin yang telah diberikan. Kini, pengguna sudah mempunyai akses keatas maybank2u mereka.

Maybank2u menyediakan pelbagai perbankan internet atas talian. Antaranya ialah pindahan wang antara bank atau antara akaun maybank yang lain. Pengguna diperlukan untuk mengakses  link ‘Fund transfer’ dan menekan pada bahagian akaun sendiri atau antara bank. Link akan menunjukkan borang digital untuk ditaip. Pengguna perlu memasukkan nombor akaun untuk pindahan, nama bank, nama penerima, amaun dan maklumat penting seperti sebab transaksi.

Untuk melihat baki simpanan, pengguna boleh menekan pada ruangan pertanyaan baki dimana penyata dan baki transaksi keluar masuk akan keluar. Pengguna boleh melihat jumlah transaksi daripada hari ini ataupun tarikh-tarikh yang sebelumnya sehingga 60 hari. Selain itu, pengguna jug aboleh mencetak keluar penyata untuk simpanan ataupun rekod peribadi.

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

daftar maybank2u malaysiaAntara servis lain maybank2u ialah penukaran kata laluan dan juga laporan kehilangan kad ATM. Pengguna boleh menukar kata laluan untuk id login di maybank2u pada bila-bila masa dengan mengakses bahagian utility dan menukar kata laluan. Pengguna diperlukan untuk memasukkan kata laluan terdahulu sebelum menukar kepada yang baharu. Digit dan kepanjangan kata laluan hendaklah dalam lingkungan 8-12 kombinasi nombor atau abjad. Berbeza pula sekiranya pengguna ingin membuat laporan kehilangan kad ATM, penguna perlu menekan servis lain dan klik pada ‘Laporan Kehilangan Kad ATM’. Skrin akan menunjukkan ruang untuk memasukkan maklumat dan status tentang kehilangan kemudian maklumat tersebut perlu dicetak oleh pengguna sebagai rekod untuk diserahkan kepada pihak berwajib.

Hingga kini, semenjak Maybank2u diperkenalkan, pengguna tidak perlu lagi berpusu-pusu ke bank untuk membuat urusan perbankan. Segala-galanya amat mudah dilakukan di hujung jari sahaja untuk menjimatkan masa dan memberi alternatif mudah kepada pengguna.

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment