Masalah Was-Was

was2.jpeg

Sesiapa yang selalu mengikut perasaan was-wasnya ketika bersuci(mandi wajib\wuduk) dan solat bererti dia telah mengikuti hasutan syaitan..Orang seperti ini bukan sahaja memayahkan diri sendiri tetapi juga berdosa kerana mengikuti syaitan..

kata al-Imam Ibn al-Qaiyyim:

“Tanpa syak lagi sesungguhnya syaitan adalah punca kepada was-was.Mereka yang was-was mentaati syaitan,menyahut seruannya dan mengikuti perintahnya.Mereka berpaling daripada sunnah dan jalan baginda sehinggalah seseorang mereka menganggap apabila dia berwuduk sama seperti wuduk Rasulullah s.a.w,atau mandi seperti baginda masih tidak bersih dan tidak hilang hadasnya.Jikalau tidak disebabkan dia diberikan kemaafan kerana kejahilannya,maka tindakan itu dianggap menentang Rasulullah s.a.w”

(Ighathah al-Lihfan Min Masaid al-Syaitan,134,Beirut: Dar Ibn Zaidun)

Pengalaman saya ketika di asrama dulu,ada seorang junior yang dia ni kuat was-was ketika ambil wuduk sampai basah baju dibuatnya.kadang-kadang dia dah mula wuduk sebelum masuk waktu lagi tapi solatnya diahkir waktu..sudah basuh kaki rasa macam basuh tangan tadi tak kena siku,dia ulang balik basuh tangan..Kasihan pun ada geram pun ada..Sebagai seorang senior yang perihatin(hehehe)saya pun panggil dia atau saya sendiri yang pergi berjuma(dah tak ingat) dan kasi “sekolah”sama dia..

Satu lagi cerita,saya ada seorang sepupu yang kuat juga was-was tapi bukan wuduk.dia ni was-was ketika nak solat..duk usolli usoli usolli sampai dah beberapa kali takbirratul ihram baru lepas,niat belum masuk lagilah tu hehehe.Suatu hari lepas saya solat subuh saya pun kembali ke katil nak sambung beradu.tapi tidur saya terganggu..Sepupu saya masuk nak solat.dia asyik usolli usolli je..tak lepas-lepas..bila dah takbirratulihram dia ulang balik usolli,setiap kali selum usolli dia akan kata “ya Allah ampunkan aku” Saya tengok kat tingkap hari semakin cerah yang dia masih usolli usolli lagi.Angin dah ni..saya pun kata”wey dah nak siang dah ni” terus dia Allahu akbar dan solat hehehhe..ok pula…teruk betul was-wasnya..Saya pernah juga nasihatkan dia..tapi entahlah tak jalan juga..terlalu ikutkan hasutan Syaitan.
Orang macam ni kononya nak berhati-hati dan nak kesempurnaan dalam ibadat sepeti wuduk dan solat,padahal mereka bukan berhati-hati tapi terpedaya dengan hasutan syaitan.

Cara Mengatasi Was-Was:

1)Jangan Dilayan Was-Was Itu.

Contoh was-was dalam berwuduk:ketika anda nak membasuh kaki tiba-tiba terlintas di hati anda belum lagi sapu kepala.Ketika itu jangan layan.jangan ulang semula wuduk,kerana itu adalah bisikian syaitan.Jika anda mula melayan was-was itu,nanti perkara yang sama akan berulang lagi dan seterusnya anda akan terkena penyakit “gila” ini..Ingat kata-kata imam Ibn Qaiyim di atas.Jangan sampai anda menjadi orang yang mengikut perintah syaitan..sudah basuh kaki terus sahaja ke tempat solat.Andai katalah memang benar anda belum lagi sapu kepala,wuduk dan solat anda tetap sah kerana anda melakukan dalam keadaan lupa..Bila lupa anda dimaafkan.

Contoh was-was dalam solat,selepas anda takbir ketika baca al fatihah tiba-tiba datang was-was “tadi aku niat macam tak sempurna je,macam tak sampai lagi” atau “aku dah niat ke belum tadi” bila begitu,anda kata dalam hati aku bertaqlid dalam mazhab Hanafi.selesai…mesti frust je syaitan tu hehehhe..Dalam mazhab Hanafi dibeolehkan berniat di luar solat,contoh seseorang nak pergi masjid untuk solat maghrib..nak ke masjid dengan tujuan untuk solat,itu sudah dikira niat disisi mereka.

2.Berpegang Dengan Mazhab Hanafi

Dalam mazhab imam as-Syafie tempat berniat(wajib berniat) wuduk adalah ketika mebasuh muka,Adapun dalam mazhab lain seperti mazhab Hanafi tidak wajib niat ketika membasuh muka.Disisi mereka ketika nak ke tempat wuduk dengan tujuan berwuduk itu sudah dikira niat..

Dalam mazhab imam as-Syafie wajib tertib dalam wuduk(dahulukan muka,tangan,kepala kemudian baru kaki)tetapi dalam mazhab lain seperti mazhab imam Abu Hanifah disisi mereka tidak wajib tertib.Maka mereka boleh(sah) mulakan wuduk dengan mana-mana sahaja anggota.Contoh mula dengan muka kemudian kaki kumudian kepala dan baru tangan.Tapi setakat yang saya lihat sepanjang berada di negara arab,mereka yang bermazhab Hanafi tetapkan akan berwuduk mengikut tertib.Ini kerana walaupun tertib bukan wajib disisi mereka tapi ia adalah sunat..

Baiklah anda sudah tahu dalam mazhab Hanafi disisi mereka tidak wajib niat ketika basuh muka dan tidak diwajibkan tertib..Oleh itu bagi orang yang terkena was-was dalam wuduk sebaiknya bertaqlid kepada mazhab Abu Hanifah supaya tidak lagi berlama-lama melayan was-was dalam membasuh muka kerana susah nak pasang niat.Dia boleh berniat di awal wuduk atau ketika menuju ke tempat wuduk lagi..Begitu juga kalau was-was dalam tertib wuduk,contoh seorang berwuduk,setelah membasuh kaki datang was-was yang membisikkan kepala belum lagi disapu.Ketika itu sapu sahaja kepala dan terus ke tempat solat..tidak perlu ulang wuduk dari awal atau basuh lagi kaki..Selesai..kan mudah..taklah berjam-jam ditempat wuduk sampai basah lencun..

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Jangan ragu-ragu dengan pandangan mazhab tersebut kerana ia juga termasuk dalam mazhab yang muktabar dalam ahli sunnah..Keluar mazhab as-syafie dalam hal ini dan ikut pandapat mazhab lain itu lagi baik daripada anda ikut pendapat Syaitan..

Bagi yang was-was niat dalam solat yang asyik “usolli us us usolli” tak masuk-masuk niat hehehe.

Lafaz niat itu cuma sunat,bukan wajib.yang wajib ialah berniat.Niat pula tempatnya dihati dan niat itu bukan bermaksud membaca lafaznya dalam hati tapi niat adalah lintasan di hati..Cuma lintasan hati” Allaaaahu akbar”terdetik dihati ketika itu”aku nak solat fardu subuh”.Jangan ketika takbiratul ihram itu anda membaca niat dalam hati..” Allaaaahu akbar” dalam hati baca satu-satu “SENGAJA AKU SOLAT FARDU SUBUH”.Kerana anda membaca niat dalam hatilah anda jadi was-was..asyik tak masuk-masuk niat..

Jika was-was niat datang setelah takbikratul ihram saya sudah nyatakan diatas cara mengatasinya..

Bagi yang was-was mandi wajib pula sila baca kisah ini:

Seorang lelaki yang terkena penyakit was-was berjumpa dengan Seikh Abu Al-Wafa Ibn ‘Aqil.katanya: Apa pandangan Tuan,saya telah menyelam dalam air yang banyak beberapa kali,tapi saya syak adakah mandi saya sah atau tidak?Jawab Syeikh: Awak boleh balik lah.Bahkan tak perlu solat lagi.Si was-was tadi bertanya: kenapa? Sebab Nabi saw bersabda: “Tiga golongan yang tidak diambil kesalahannya,Antaranya: Orang gila hingga dia pulih….”. Oleh itu,siapa yang mandi seperti yang disebut tapi masih syak maka dia dikira orang gila..

Kalau dah terjun sungai masih lagi was-was mandi hadas tidak sah,tu dah memang berat dah tu..tapi jagan kecewe dan putus asa.Masih lagi ada ikhtiyarnya..

Bagi yang was-was mandi hadas selain terjun sungai,kalau sudah selesai mandi wajib tiba-tiba terlintas di hati “eh belakang badan tak kena air lagi ni” atau datang was-was yang membisikkan ada tempat yang tak kena air lagi..Saya dah sebut tadi jangan layan,jangan layan dan jagan layan kerana apa yang terlintas di hati anda itu adalah bisikan syaitan.Kalau anda layan bermakna anda telah ikut cakap syaitan,kalau anda dengar cakap syaitan maka anda berdosa..sekali anda layan was-was ini tidak msutahil anda akan terkena penyakit”gila” ini.
Kata ustaz Azhar idrus bagi orang yang was-was ketika mandi wajib,katakan “aku dah kenal dah siapa kau syaitan\iblis,tak usahlah nak menipu”.Bila Syaitan atau Iblis dengar begitu dia akan pergi dari kita dan membisikkan was-was kepada orang lain pula.

3.Amalkan doa perlindung gangguan syaitan seperti:

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ غَضَبِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِيْنِ وَأَنْ يَحْضُرُوْنِ.

Maksudnya: Aku berlindung dengan (berkat) kalimah Allah yang sempurna dari kemurkaan-Nya,dari kejahatan hamba-hamba-Nya dan dari bisikan-bisikan syaitan.Dan aku berlindung kepada Engkau ya Tuhanku dari kedatangan mereka kepadaku.

(Riwayat Abu Daud)

Dan amalkan membaca surah an-Nas,setelah itu berdoa kepada Allah bersungguh -sungguh agar dijauhi dari ganggaun Syaitan dan iblis.

4.Berjumpa Dengan Perawat Islam

Was-was ini punca dari gangguan syaitan.Oleh kerana itu jika anda masih lagi was-was setelah melakukan 3 perkara yang disebutkan tadi,terutamanya yang mandi hadas terjun sungai pun masih lagi was-was maka saya nasihatkan anda pergilah berjumpa degan perawat-perawat islam..Perawat islam yee bukannya bomoh.Jumpa bomoh masalah tak akan selsesai bahkan akan bertambah lagi..

Wallahu a’lam..

Apa Komen Anda

13 comments… add one
  • Ramai masyarkat malaysia yang ada masalah was-was, terutama bab berwuduk

  • GMAH Link Reply

    salam tuan..boleh terangkan lg klu was was dalam puasa?

  • aku Link Reply

    Terima kasih…..

  • Boleh terangkan lagi tak pasal niat dalam hati tu ? Massa angkat takbir dlam hati kena niat jugak ? Bagi contoh . Terima kasih

  • Nur Zafirah Link Reply

    Assalammualaikum nak bertanya.. saya pernah was was Ya Allah rasa mcm jahil sbb ikot ckp syaitan. Lepastu baju bsh sbb amik wudhu berkali kali. Agaknya pakai baju basah tu.. batal ke? Solat saya?.. syaitan ni dok menghasut.

    • yana_virgostar@yahoo.com.my Link Reply

      Salam..sebenarnya yang batal solat tu macam terkentut, kene najis kat badan..tapi kalau baju basah tu rasanya tak batal solat..saya pon ada was was ni tapi kadang-kadang saya solat je pakai baju basah ..rasanya tak batal solat la.

  • Aisha Link Reply

    terima kasih sangat2. banyak ilmu saya dapat. alhamdulillah. ya Allah,terseksa sangat kena penyakit was-was ni. semoga saya dan orang lain yang turut mengalami dapat melawan penyakit ni. amin..

  • muizzuddin Link Reply

    assalamualaikum…
    saya ada rasa was2 slps saye mandi wajib iaitu terlintas dlm pikiran saya bhwa sudah basuh dagu ke blom?
    apkh yg perlu saya lkukan

  • najmie Link Reply

    alhamdulillah..terbaik ustaz…amat bermanfaat utk diri saya..moga Allah memberikan berlipat ganjaran pahala kepada ustaz.

  • ummi dinars Link Reply

    assalamualaikum.saya dah menderita penyakit ni dah terlalu lama dr zaman belum berkahwin lg.dr dulu saya boleh rasa ada sesuatu yg mengikuti saya sampai dua kali saya ke mekah diikutnya.dah ramai ustaz yang saya jumpa.bila jumpa ustaz,hilang kejap lepas tu datang balik.penyakit ni amat bisa deritanya sampai pernah satu masa terdetik dlm hati saya jikalau pedang rasulullah dan sayidina umar itu boleh memenggal leher saya,sama sekali saya tidak akan berpaling dr agama Allah yg suci ini.last-last saya tekad saya nak melawan sendiri penyakit ni.saya beristighafar dan buat solat taubat nasuha,saya search di youtube ceramah ustaz azhar idrus,saya jumpa ustaz-ustaz di masjid tanya mcm-mcm pasal hukum agama.alhamdulillah bila kita menuntut ilmu agama dgn cara yg betul,Allah beri jln mudah utk selesaikan masalah ni.saya masih dlm peringkat pemulihan.kita rasa kita takde dosa besar di dunia ni tapi kita mungkin buat dosa besar tanpa kita sedari, ini lah kifarah Allah pd kita.marilah kita mohon ampun pd Allah dan mohon segala amalan kita diterima Allah untuk melepaskan kita meniti siratal mustaqim dgn lancar.wallahu’alam.

    • Nurul Link Reply

      As salam. Boleh bantu saya hilangkan was-was saya.? Saya malu hendak bertanya pada ustazah dan rakan saya. Susah hendak hilangkan ‘penyakit’ ni. Harap boleh bantu saya.

  • Hafiz Link Reply

    Salam..
    Nak tanya ni..
    Sy baru je berwuduk.. pastu was2
    Ni pasal sy komen ni duk baca topik ni
    Dahtu ustz adkah saya perlu ambil wuduk semula setelah yakin yang wuduk itu dah perfect.. padahal sy baru je was was tadi iaitu lps berwuduk?

  • Unknown Link Reply

    Aq pun penah kene penyakit ni .
    Ubat die satu je , JANGAN LAYAN PERASSAN TU. Akhmdulillah , bende ni dh x de dh

Leave a Comment