Save on your hotel - hotelscombined.com

Mari Sahut Seruan Berjuang

Sahut Seruan Berjuang

Mari Sahut Seruan Berjuang!!!

Perjuangan kita bukan untuk seketika dan bukan beberapa tahun tetapi sebuah perjuangan adalah selamanya di dalam kehidupan seorang manusia, Lebih-lebih lagi sekiranya dia digelar seorang muslim. Perjuangan itu bukanlah dimaksudkan dengan memperjuangkan  agama sahaja tetapi yang dimaksudkan juga adalah memperjuangkan ilmu untuk dibuat bekalan supaya dapat dijadikan pedoman didalam zaman yang penuh rintangan dan onak  duri kesesatan.

Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda yang mafhumnya,

“ Aku tidak tinggalkan satu harta pun untuk ummatku melainkan Al-Quran dan Hadith”..

Ini menunjukkan betapa ilmu Al-Quran dan Hadith ini sangat diperlukan seharian seorang manusia yang mengharapkan keredhaan Allah S.A.W.

Berjuang menegakkan keadilan dan syariat islam di muka buminya yang sekarang sudah dipenuhi dengan kezaliman dan kemaksiatan adalah suatu perjuangan yang setiap yang mengaku sebagai hambanya patut sahut!!! Iya, memang susah payah dan kerunsingan yang dialami. Tapi begitulah kerja yang dipikul nabi kita selama hayatnya iaitu menyebarkan agama islam ke seluruh pelosok dunia. Tanpa henti dan tanpa keluh kesah.

Walaupun beliau selalu diuji,disakiti,dan dizalimi. Begitulah juga sahabat-sahabat nabi seperti Abu Bakar As-Siddiq radhiallahuanhum ketika beliau menjadi khalifah .Betapa risau dan hebatnya perjuangan dia untuk sebarkan islam ke negeri Rom.. Masyaallah …Demikianlah makna perjuangan yang luas maksudnya.

Sesungguhnya perjuangan melawan nafsu itu adalah perjuangan yang paling berat dan sukar. Menahan hati,perasaan dan nafsu untuk redhanya. Kita perjuangkan dan tahan segala keinginan kita kerana kita hambanya dan seorang hamba itu sentiasa taat dan dengar perintah-perintah tuannya.

Harapan saya,iaitu seorang hamba Allah yang daif. .Semoga perjuangan ini terus kita perjuangkan dan sahut sampai bila-bila… Hanya Allah dapat membalasi segala perbuatan kita.

– Zulaikha Zinnirah & Aisha Siddiqah

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment