Malaysia Negara Paling Selamat Di Asia Tenggara

Malaysia Paling Aman

“Malaysia Negara Paling Selamat Di Asia Tenggara”

Berikut adalah data sampel kes-kes jenayah bersenjatakan pistol dan pedang samurai dari 1 April 2013 hingga 31 Julai 2013.

1) 1 April 2013 – Kejadian tembak dan tetak seorang lelaki di Taman Seri Timah, Balakong.

2) 12 April 2013 – James John,45,ditembak mati dalam keretanya di sekitar lampu isyarat Taman Sri Labu Seremban oleh dua orang penembak yang bermotosikal.

3) 14 April 2013 – Tan Kok Soon,56,ditembak dari jarak dekat ketika makan malam bersama keluarganya di sebuah restoran di Pusat Komersial Oakland,Seremban.

4) 16 April 2013 – K Muthazagen,47,maut apabila peluru yang ditembak dari jarak dekat menembusi kepalanya.Ketika kejadian,mangsa dikatakan sedang makan bersendirian di sebuah kedai di kawasan itu(Taiping) tanpa menyedari kehadiran suspek.

5) 17 April 2013 – Mangsa R. Karikaalan,29,mati ketika dalam perjalanan ke hospital setelah terkena dua dari 10 das tembakan yang dilepaskan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.Manakala ibu Karikaalan yang berusia 60 tahun cedera di lengan kanan.Kejadian berlaku di Cheras.

6) 26 April 2013 – Timbalan Ketua Pengarah Kastam,Datuk Shaharuddin Ibrahim ditembak mati dengan jarak dekat di Lebuh Sentosa,Putrajaya.

7) 30 April 2013 – Seorang peniaga barang lusuh yang berusia 26 tahun hampir maut terkena tembakan daripada individu tidak dikenali di hadapan rumahnya.Tembakan yang dilepaskan tersasar dan dalam keadaan kelam-kabut kedua-dua suspek terbabit bertindak melarikan diri.

8) 7 Mei 2013 – Kejadian tembak di sebuah kedai cuci kereta di Kampung Keliang, Kalumpang,Hulu Selangor.

9) 7 Mei 2013 – Tan Hock Chin 47 tahun,seorang yang aktif dalam Ronda Keselamatan Sukarela kawasan taman-taman perumahan sedang minum bersama 2 orang rakannya di kawasan kaki lima restoran tersebut.Tiba-tiba muncul seorang lelaki tidak dikenali menghampiri mangsa lalu menembak kearah kepala mangsa.Kejadian berlaku di Nibong Tebal.

10) 9 Mei 2013 – Seorang jurutera,Muthu Pillai,41,dijumpai mati dengan tiga kesan tembakan di sebuah ladang sawit.

pistol

11) 10 Mei 2013 – Seorang penarik kereta,M.Nagenthiran,30 maut akibat terkena tiga das tembakan berhampiran rumahnya di rumah pangsa Taman Setia Jaya,Alor Setar.Satu tembakan dikesan di bahagian kepada dan dua lagi di bahagian belakang Nagenthiran.,

12) 11 Mei 2013 – Seorang pembantu kedai barang-barang lusuh, Thangaraja, 31 ditemui mati di dalam kereta yang dipandunya dengan 10 kesan tembakan di persimpangan lampu isyarat Taman Kucai di Lunas.

13) 11 Mei 2013 – Polis sukarelawan,N.Saravanan dan kawannya Tamil Selvam,kedua-dua berumur 29 tahun ditembak tercedera selepas satu pertengkaran.

14) 11 Mei 2013 – Dua lelaki mati,P Chalidass,29 dan G Surentharan,31,manakala dua rakan mereka parah ditembak dari jarak dekat ketika kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat pusat bandar.

15) 12 Mei 2013- Dua lelaki S.Kannan,37 dan G.Suresh,28 maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun,dipercayai berkaitan perniagaan.keempat- keempat mereka datang dari Melaka untuk menghadiri upacara perkahwinan rakan mereka di sini.

16) 25 Mei 2013 – Seorang peraih ikan ditembak mati selepas keluar daripada Masjid Nurul Anuar, Mukim Dalam Rhu, Pasir Puteh.

17) 27 Mei 2013 – Seorang lelaki yang sedang berkebun di kawasan rumahnya cedera parah selepas ditembak di Jalan Melati,Nilai.

18) 28 Mei 2013 – Kes menetak,mengikat dan menembak pekerja kontrak Petronas di Dungun

19) 2 Jun 2013 – Seorang pemandu bas sekolah cedera ditembak lima das tembakan di hadapan rumahnya di Taman Rembau,Butterworth.

20) 4 Jun 2013 – Seorang pemilik bengkel kereta Govindaraju @ Murthy,36 mati sementara rakannya A. Manivannan,cedera selepas ditembak di sebuah restoran di Taman Kota Jaya. Suspek dipercayai telah melepaskan tiga das tembakan dan mereka datang menggunakan motosikal serta bertopi keledar.

21) 6 Jun 2013 – Tan Chai Heng,51,dengan kesan tembakan di muka ditemui terbaring di taman,kira-kira 30 meter dari rumahnya.Berdasarkan kepada kecederaan pada bawah mata kanannya,dipercayai mangsa telah ditembak dengan senjata pistol dari jarak dekat sebelum mayatnya dijumpai oleh jirannya.

22) 14 Jun 2013 – Seorang peniaga,Lim Kong Hai,52 cedera parah di bahagian perut setelah ditembak salah seorang anggota kumpulan itu dalam kejadian samun berhampiran Stesen Bas Kuala Kurau.

23) 4 Julai 2013 – Seorang guru di sebuah sekolah rendah di Tumpat cedera ditembak di bahagian leher.Guru yang berasal dari Kampung Tualang,Pasir Mas itu dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan keadaannya dilapor stabil.

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

24) 4 Julai 2013 -Dua suspek yang memakai topi keledar ketika melakukan jenayah itu dipercayai melepaskan empat das tembakan terhadap mangsa,K Kuganeswaran,30, dari jarak dekat.Kejadian berlaku di Pulau Pinang.

25) 7 Julai 2013 – Polis Kelantan mengesan tiga kumpulan besar pengedaran dadah yang menyebabkan beberapa kes tembakan.

mangsa tembak

26) 8 Julai 2013 – Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Beris Panchor,Bachok,Kelantan, Hashim Mat Zin, 43, mati selepas terkena tiga das tembakan di simpang tiga Jalan Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, berhampiran sekolah itu.

27) 12 Julai 2013 – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menjadi mangsa selepas ditembak seorang lelaki ketika dia menemani bapanya berjumpa rakan di bawah pangsapuri berkenaan malam kelmarin. Akibat kejadian itu, kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kaki selain kepalanya cedera akibat terkena serpihan peluru.

28) 13 Julai 2013 – Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun menjadi mangsa akibat tembakan yang disasarkan oleh penjenayah tidak menepati sasaran di Pangsapuri Golf View Bukit Jambul, Georgetown.

29) 15 Julai 2013 – Dua beranak parah ditembak ketika sedang berehat selepas berbuka puasa dalam satu kejadian samun bersenjata di Taman Sejahtera,mangsa berusia 51 tahun bersama anak lelakinya,13 tahun,cedera selepas terkena tembakan yang dilepaskan salah seorang daripada dua perompak yang memecah masuk kediaman mereka.
Mangsa mengalami cedera diperut sementara anaknya mengalami kecedraan di paha sebelah kanan apabila peluru yang mengenai bapanya tembus sebelum mengenainya yang ketika itu berada di belakang mangsa.

30) 17 Julai 2013 – Seorang guru ditembak mati di Simpang Empat Keladi, Kulim dalam perjalanan ke sekolah.

31) 18 Julai 2013 – Seorang guru mati terkena sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan dua lelaki yang menaiki motosikal menghampiri kenderaannya ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Keladi.

32) 19 Julai 2013 – Seorang lelaki ditemui mati dipercayai ditembak dalam kejadian bunuh di Jalan Gula, Simpat Empat Semanggol.Nombor plat kenderaan dinaiki mangsa dilaporkan hilang di Puchong,Kuala Lumpur pada bulan Julai tahun lalu.

33) 24 Julai 2013 – Seorang lelaki yang baru selesai dari berjoging cedera parah selepas ditembak di kawasan letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak, Kluang.

34) 26 Julai 2013 – Seorang pemandu lori Pertubuhan Peladang Kawasan Temerloh cedera setelah ditembak dalam perjalanan ke Jerantut.

35) 28 Julai 2013 – Pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) MyWatch cedera parah setelah ditembak di persimpangan jalan Taman Cempaka, Bahau.

36) 29 Julai 2013 – Pengasas Arab Malaysian Bank maut dan isterinya ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.

37) 31 Julai 2013 – Seorang lelaki,N.Jeevandran,26,yang dikehendaki polis kerana mempunyai empat rekod jenayah lampau mati ditembak di persimpangan Jalan Permai Utama berhampiran Pejabat Pendidikan Daerah mangsa dari Taman Seri Semarak di sini ditembak dari jarak dekat oleh suspek yang kemudian melarikan diri.

Wauu apa sudah jadi dengan Malaysia oh tanah airku yang dikatakan Negara paling selamat di Asia Tenggara..Menurut Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) tembak bunuh: Purata 2 kes seminggu..Selamatkah kita?itu baru kes tembak bunuh ..Bagaimana pula dengan jenayah-jenayah lain seperti rogol bunuh?
Semoga Allah memelihara kita dan ahli keluarga kita dari musibah ini..

Pesanan!!

Sila amalkan doa\ayat penggerak bila mahu keluar rumah..

Ayat@Doa Penggerak :

“بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم “

Bismillahillazi La Yadhurru Ma’as Mihi Syai’un Fil Ardi Wa la Fi’ Sama’i wahua Samiiun Aliim”

“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat sesuatu di bumi juga di langit..Dan Maha mendengar lagi Maha mengetahui”

Ayat penggerak di atas dibaca 7x…

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment