Larangan Tidur Meniarap Dalam Islam ?

tido
Sebahagian daripada Ulama menghukumkan makruh tidur dengan posisi meniarap, Boleh jadi mereka memutuskan hukum tersebut berdasarkan hadis di bawah..

Dari Abu Zar ra.beliau mengatakan:

Suatu hari Nabi :saw. sedang berjalan melewatiku ketika itu aku sedang tidur secara meniarap (tidor atas perut).Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Zar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.

(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Status Hadis:

Dhoif (hadith munkar)

Ahli Hadith Yang Mendhoifkannya :

Imam al-Bukhari,ad-Daraquthni,Ibn Abi Hatim,Ibn Rejab,Syeikh Ibrahim al-Laahim dan ramai lagi.

Kata Syeikh Sulaiman bin Nasir al-‘Ulwan:”Tidaklah sahih dalam hal ini akan hadith (walau satu) dari Nabi SAW,dan yang benar adalah dibolehkan(harus tidur meniarap) tanpa larangan”

Walaupun dari sudut hukum agama dibolehkan tidur meniarap kerana tidak ada larangan yang sabit dari nas-nas yang sohih, namun perlu juga dilihat dari sudut kesihatan kajian perubatan moden tentang kesan atau akibat dari tidur meniarap.

Kebaikan Tidur Meniarap :

Mengurangkan dengkur bagi mereka yang menghadapi masalah ini

Keburukan Tidur Meniarap :

Menyebabkan badan susah mengekalkan keseimbangan tulang belakang

Risiko sakit belakang

Boleh menyebabkan tekanan kepada sendi dan menyebabkan sakit otot dan kebas.

TidurMenurutSunnah_Muhasabah2

Walaupun sesetengah bayi lebih selesa tidur meniarap namun sebenarnya posisi ini amat merbahaya kepada bayi,kerana tidur meniarap membawa risiko tertutupnya saluran pernafasan hidung dan mulut dan seterusnya boleh menyebabkan kematian bayi.

Pesanan :

Sebaiknya jauhilah tidur dengan posisi meniarap sebagai meraikan pendapat Ulama yang menghukumkan makruh disamping kajian perubatan moden juga membuktikan ia boleh membawa mudharat..Tidur yang terbaik adalah seperti tidur Nabi s.a.w..

Kata Imam Ibnul Qoyyim:

Adalah Nabi tidur dengan berbaring kekanan (mengiring) dan beliau meletakkan tangannya yang kanan dibawah pipinya yang kanan

Apa Komen Anda

6 comments… add one
  • Dari segi kesihatan pun tidur meniarap ni tak baik,salah posisi tidur juga boleh menjadi punca migrain..

  • Salimi Link Reply

    yee betul

  • Kalau perempuan tak bagus juga ke tidur menirap? dengar kata perempuan sebaiknya tidur meniarap, boleh jelaskan tak?

    Terima Kasih

    • nass Link Reply

      Assalammualaikum sis..Kalau nabi SAW da lrg laki pempuan pon tak bole la..

  • Saya baru saja tulis posting ttg cara tidur ni,ada masa sila la baca ya bro,,

  • zamya Link Reply

    Assalam. Sy ad terbace artikel yg mnytakan kita dilarang mencium ank (bayi) ketika mereka sedang tidur. Sahih ke perkara ni. Smpi skrg sy msh blm jumpa hadis dan nas mngenai perkara ni. Hrap dpt mmbntu. Terima ksh.

Leave a Comment

Cancel reply