Khasiat Minyak Zaitun

Khasiat Minyak Zaitun AsliMinyak zaitun yang asalnya diperolah daripada buah zaitun merupakan ekstrak minyak semulajadi yang kaya dengan antioksidan dan zat-zat semulajadi. Minyak zaitun kebiasaannya digunakan dalam masakan sebagai alternatif kepada minyak masak.

Ekstrak penuh berkhasiat ini mempunyai keistimewaan yang banyak baik luaran mahupun dalaman. Kandungan sebatian kimia semulajadi yang terdapat di dalam minyak zaitun seperti trisilgliserol merupakan lemak tak tepu yang kaya dengan omega 9 yang mana sangat baik untuk peredaran darah dan jantung. Selain itu, ia juga kaya dengan vitamin E yang sangat baik untuk kecantikan kulit dan merupakan nutrisi luaran yang efektif.

Minyak zaitun berupaya merawat kulit daripada penuaan dan juga kulit wajah yang tidak bermaya. Tambahan pula, jika disapu pada bahagian muka, minyak zaitun juga berkesan untuk mengurangkan masalah kulit wajah yang berminyak dan melawan kotoran dengan melindungi kulit daripada sinaran UV yang bahaya dan persekitaran yang kotor terus mencegah kulit wajah daripada berjerawat.

Kombinasi yang unik antara ekstrak buah zaitun dengan madu asli pula dipercayai boleh mencantikkan dan merawat rambut yang mana ianya merupakan kombinasi herba yang mencegah rambut daripada kerosakan, memanjangkan dan menyihatkan kulit kepala untuk pertumbuhan rambut yang lebih sihat.

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Penggunaannya dalam masakan pula member manfaat dalaman yang unik yang mana tidak didapati dalam minyak masakan yang biasa. Selain daripada merawat strok dan sakit jantung, minyak zaitun juga berkesan untuk membunuh sel kanser, memulihkan keradangan, menurunkan glukosa dalam darah, detoksifikasi untuk menstabilkan nutrien dalam badan dan banyak lagi. Oleh itu, tidak hairan lah jika mengamalkan minyak zaitun dalam masakan boleh mencegah daripada penyakit kronik yang bahaya seperti gout, darah tinggi, kencing manis dan seumpamanya.

Penggunaan minyak zaitun berterusan dipercayai bukan sahaja memberikan kesihatan yang menyeluruh malah boleh memanjangkan hayat seseorang ini kerana khasiat yang boleh didapati melalui minyak zaitun adalah tersangat unik dan merupakan inisiatif yang sangat bermanfaat untuk menjamin kesihatan yang baik.

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment