Save on your hotel - hotelscombined.com

Kenali Peribadi Dan Fizikal Rasulullah S.A.W

Kenali Peribadi Dan Fizikal Rasulullah S.A.W

-Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah

-Bertubuh sederhana

-Bahunya bidang

-Tidak gemuk

-Tulang sendinya gagah

– Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak juga lurus kaku

-Bentuk wajahnya tidak bulat tetapi bujur telur

-Kulitnya putih kemerah-merahan

-Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik

-Hidungnya mancung

– Janggutnya tebal

-Giginya agak jarang namun teratur rapi

-Perut dan dadanya sama rata

-Badannya bersih daripada bulu tetapi baginda mempunyai bulu
lebat yang memanjang dari dada sampai ke pusat

-Kedua-dua telapak tangan dan kakinya terasa tebal dan jarinya-jarinya panjang

-Berjalan dengan langkah yang cepat

-Apabila ada sahabat berjalan,Rasulullah akan berjalan di belakangnya

-Apabila bertemu dengan orang lain,Rasulullah akan terlebih dahulu memberi salam

-Apabila baginda berpaling,kedua-dua bahunya serentak (seluruh badannya turut berpaling)

-Di antara kedua-dua bahunya terdapat khatamun-nubuwah(tanda kenabian)

-Tidak sampai dua puluh helai uban yang terdapat di kepala dan janggutnya

– Manusia yang paling pemurah

-Baginda adalah orang yang kata-katanya paling jujur

-Manusia yang perangainya paling lembut,dan paling ramah dalam pergaulan

Sifat-sifat peribadi Rasulullah s.a.w di atas adalah berdasarkan hadis-hadis di dalam Syamail Muhammadiah..

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment