Kelebihan Seorang Penghafal Al-quran

AL_QURAN2

Ibu bapa seharusnya bercita-cita menjadikan salah seorang anak mereka hafiz (orang yang menhafaz al-Quran). Tindakan akan membantu anak-anak itu menjadi anak soleh atau solehah pada zaman yang serba mencabar ini.

Anak soleh inilah yang menjadi aset dan saham akhirat ibu bapa sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak soleh yang mendoakannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Allah s.w.t. melalui kalam Rasulnya telah menjanjikan banyak lagi kelebihan kepada mereka yang menghafal al-Quran.

1. Orang Istimewa Allah s.w.t.

Daripada Anas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu mcmpunyai keluarga yang terdiri daripada manusia.”

Kemudian Anas bertanya: “Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Iaitu ahli Al-Quran (orang yang membaca atau menghafal al-Quran dan mengamalkan isinya). merekalah keluarga Allah dan orang yang istimewa bagi Allah.” (Riwayat lbn Majah)

2. Hati Tidak Diseksa

Daripada Abdullah bin Mas‘ud r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang menghafal al-Quran. Sesungguhnya al-Quran ini hidangan Allah, sesiapa yang memasukkannya, ia akan aman. Dan sesiapa yang mencintai al-Quran, maka hendaklah ia bergembira.” (Riwayat al-Darimi)

3. Memberi Syafaat kepada Keluarga

Mafhum sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca al-Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 orang anggota keluarganya yang mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka.” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

4. Ibu Bapa Memperoleh Pahala Khas

Kedua-dua orang tua penghafal al-Quran diberi dua helai pakaian baru dan bagus, malah harganya tidak dapat dibayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua-dua orang tua itu kemudian bertanya: “Kenapa kami diberi pakaian begini?”Kemudian dijawab: “Kerana anakmu menghafal al-Quran.”

5. Dapat Tingkat Syurga Tertinggi

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Daripada Aisyah r.ha., Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya: “jumlah tingkatan—tingkatan syurga sama dengan jumlah ayat-ayat al-Quran. Maka tingkatan syurga yang dimasuki oleh penghafal al-Quran ialah tingkat yang paling atas, tidak ada tingkat lagi sesudah itu.” (Riwayat al-Baihaqi dan al-Hakim)

Dengan semua kelebihan yang dijaniikan itu, ibu bapa seharusnya lebih bersungguh-sungguh dalam memastikan anak-anak mereka menghafal al-Quran atau sebahagian daripadanya, seiringan dengan memberikan mereka ilmu pcngctahuan duniawi.

Sehubungan dcngan itu, suatu Kompleks Madrasah Tahfiz at-Taufiqiyyah (MTAT) sedang dibangunkan di Kg. Pek, Machang,
Kelantan untuk memberikan peluang kepada remaja Islam menjadi seorang hafiz atau hafizah yang berketerampilan, berakhlak mulia, bertakwa serta berjaya menjalani kehidupan dunia dan akhirat. Pelajar juga dapat mendalami ilmu syariah Islam dan dakwah yang mantap dengan kerjasama pengurusan Darul Mustoffa di Tareem, Yaman.

Pelaiar-pelajar juga boleh mengikuti pembelajaran akademik di sekolah biasa yang berdekatan. Mereka juga berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir melalui kerjasama antara beberapa universiti terkenal di sana dengan MTAT.

Pelajar-pelajar yang mengikuti program tahfiz sahaja pula akan didedahkan dengan kurikulum kemahiran hidup melalui kursus-kursus jangka pendek yang dijalankan dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Pendekatan ini penting sebagai suatu usaha untuk memastikan mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas untuk hidup secara berrdikari di tengah-tengah masyarakat suatu hari nanti.

 

Apa Komen Anda

1 comment… add one

Leave a Comment