Kelebihan Hari Jumaat

Hari Jumaat

أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ

وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ، وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ الحَقِّ بِالْحَقِّ، والْهَادِي إلى

صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ، وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ، وَتَوَوَّدُوْا

فَإِنَّ خَيْرَ الوَّادِ التَّقْوَى، وَاتَّقُوا اللهَ يَا أُولِي اْلأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ.

Hari jumaat merupakan penghulu segala hari dan diberi pelbagai keisitmewaan. Hari jumaat adalah hari yang penuh dengan kelebihan dan keutamaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hambanya. kita perlu bersyukur kerana kemuliaan hari jumaat hanya dikhususkan kepada umat nabi Muhammad SAW.

Pada hari jumaatlah, Nabi Adam AS diciptakan,  dimasukkan ke dalam syurga, dikeluarkan darinya dan diwafatkan. kemuliaan hari jumaat juga menawarkan ganjaran yang besar kepada umat islam yang mendirikan solat jumaat berjemaah.

Perkara sunat yang disarankan pada hari ini juga ialah mandi sunat jumaat, memakai wangi-wangian dan berpakaian bersih dan kemas ketika menunaikan solat di masjid. kita juga di anjurkan untuk memperbanyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW sebagaimana diterangkan melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud Rahimahullah daripada Aus bin Aus R.A bahawa Rasulullah  SAW bersabda :

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَأَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنْ الصَّلَاةِ فِيهِ

bermaksud:

“sesungguhnya hari yang paling mulia adalah hari jumaat, maka perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada hari tersebut.”

Kita digalakkan untuk membaca surah al-Kahfi, keistimewaannya seperti yang dirawayatkan oleh Imam al-Baihaqi Rahimahullah daripada Abu Sa’id Al-Khudri RA :

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ

Bermaksud: ” Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam jumaat, Allah SWT akan menerangi untuknya sebuah cahaya antara dirinya dna Al-Bait Al-‘Atiq (Kaabah).”

Para Ulama juga telah  menggariskan beberapa adab berdasarkan sunnah Rasulullah SAW untuk mendapatkan kesempurnaan solat jumaat.

Pertama: Datang awal ke masjid

Bersegera  hadir ke masjid untuk menunaikan solat jumaat merupakan adab yang amat dituntut. Telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Muslim Rahimahullah daripada Abu Hurairah RA:

مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ غُسْلَ الْجَنَابَةِ ثُمَّ رَاحَ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ

فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ كَبْشًا أَقْرَنَ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ

الرَّابِعَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الْخَامِسَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةً، فَإِذَا خَرَجَ الإِمَامُ

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

حَضَرَتِ الْمَلائِكَةُ يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ

Bermaksud: ” Sesiapa yang mandi di hari jumaat dengan mandi yang sempurna lalu menuju ke masjid maka dia  mendapat ganjaran pahala seperti orang menyempurnakan korban seekor unta, sesiapa yang pergi pada waktu kedua dia seperti menyempurnakan korban seekor lembu, sesiapa yang pergi waktu ketiga dia seperti menyempurnakan korban seekor kambing, sesiapa yang pergi  pada waktu keempat dia seperti  menyempurnakan korban seekor ayam, sesiapa yang pergi pada waktu kelima dia seperti mempersembahkan korban sebiji telur.  Apabila imam keluar untuk berkhutbah, para malaikat akan berhenti mencatat untuk turut sama mendengar khutbah.”

Disunatkan juga untuk mengerjakan solat sunat tahiyatul masjid sebelum duduk lalu berniat iktiraf, membaca Al-Qur’an, dan berzikir. Amalan-amalan ini dijanjikan ganjarna hebat, telah dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari Rahimahullah daripada Salman al-Farisi RA, sabda Rasulullah SAW :

مَنْ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَتَطَهَّرَ بِمَا اسْتَطَاعَ مِنْ طُهْرٍ ثُمَّ ادَّهَنَ أَوْ مَسَّ مِنْ طِيبٍ، ثُمَّ رَاحَ فَلَمْ

يُفَرِّقْ بَيْنَ اثْنَيْنِ فَصَلَّى مَا كُتِبَ لَهُ، ثُمَّ إِذَا خَرَجَ الْإِمَامُ أَنْصَتَ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ الْأُخْرَى

Bermaksud: “Sesiapa yang mandi di hari jumaat dan membersihkan dirinya sebaik mungkin lalu dia berminyak atau memakai haruman lantas menuju ke masjid sedang dia tiada menguak bahu-bahu melangkah jemaah lain, lalu bersolat tahiyatul masjid kemudian ketika imam keluar untuk berkhutbah dia diam dan mendengar maka akan diampunkan dosanya di antara dua jumaat.”

Kedua : Memberi tumpuan ketika khatib berkhutbah

Jadikanlah khutbah sebagai medan tazkirah untuk bermuhasabah di samping meningkatkan keimanan kepada Allah SWT. Perlulah kita menerima teguran dan nasihat terhadap khutbah yang disampaikan dengan hati terbuka.

Meninggalkan solat jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah wajib ke atas individu muslim. Namun, realitinya zaman ini, terdapat segelintir jemaah tidak memberikan tumpuan ketika khatib berkhutbah. mereka selamba berbual-bual, malah ada di antara mereka yang sibuk dengan telefon bimbit, menghantar meseg, berfacebook, melayari internet, tidur dan ada yang berkhayal.

Sikap seperti ini mengurangkan pahala jumaat. Renungilah firman Allah SWT ini di dalam Surah al-Jumu’ah ayt 9 yang bermaksud ” Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” 

Melalui ayat ini jelas menunjukkan larangan Allah SWT terhadap umat islam yang melakukan urusan jual beli ketika azan jumaat telah berkumandang. Perkara seperti ini masih berlaku bilamana para penjual gerai di tepi masjid tanpa segan silu, berjual beli kepada jemaah. Mereka seolah-olah tidak menghormati khatib berkhutbah. Oleh itu,hendaklah menghentikan aktiviti perniagaan sebaik azan dilaungkan dan sambung semula urusan tersebut setelah selesai solat.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Jumu’ah ayat 10 yang bermaksud, ” Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi ( untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaaan), supaya kamu berjaya ( di dunia dan di akhirat). ” 

MindaKini.Com

Apa Komen Anda

1 comment… add one

Leave a Comment