Kelebihan Dan Kemuliaan Ramadhan Karim

ramadan

Kelebihan Dan Kemuliaan Ramadhan Karim:

1. Kelebihan Bagi Orang Yang Berpuasa

Dari Abu Hurairah,Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِى وَأَنَا أَجْزِى بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

Maksud: Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda,Allah Azza Wajalla berkata: Melainkan puasa,kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya,mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan,kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk(minyak kasturi)

~Riwayat Bukhari & Muslim~

2. Kelebihan Bagi Orang Yang Melakukan Solat Sunat Terawih

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa melakukan qiyam Ramadhan (solat tarawih) karana iman dan mencari pahala,maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni”

3. Kelebihan Menyediakan Makanan Untuk orang Berbuka Puasa

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Maksudnya: Siapa yang menyediakan makanan berbuka untuk orang puasa,dia akan dapat seperti pahalanya tanpa dikurangkan pahalanya sedikitpun

~HR al-Tirmizi Dan Dinilai Sohih Oleh al Bani~

4. Kelebihan Umrah Di Bulan Ramadhan Pahalanya Ibarat Membuat Haji

فَإِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فَاعْتَمِرِي فَإِنَّ عُمْرَةً فِيهِ تَعْدِلُ حَجَّةً

Maksudnya: Sekiranya datang Ramadhan hendaklah kamu berumrah kerana sesungguhnya umrah dalam Ramadhan menyaingi haji

~ HR.Muslim ~

5. Pintu Langit Dibuka

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan”

~Riwayat Bukhari dan Muslim~

6. Pintu-Pintu Syurga Dibuka

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

“Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya.Maka berserulah penyeru:Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu,wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu.Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan”

~Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.~

7. Pintu Neraka Ditutup

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Apabila masuk bulan Ramadan,dibuka pintu-pintu langit,ditutup pintu jahanam dan dirantai para syaitan”

~Riwayat Bukhari~

8. Dibelenggu Para Syaitan Dan Jin

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan,diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka”

~Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah~

Menurut Ulama antaranya Imam As-Syafie hanya Jin dan Syaitan yang bengis sahaja dibelenggu,manakala yang lain masih bebaS.

9. Pengampunan Dosa Yang Lepas

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala,nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu”

~Riwayat Bukhari dan Muslim~

10. Malam Lailatul Qadar

Hebat dan tingginya kedudukan Lailatul Qadar dapat kita ketahui bedasarkan firman Allah:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ. وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ .لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ. تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Al-Qadr (lailatul qadr).Dan tahukah kamu apa lailatul qadr itu? lailatul qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu,malaikat-malaikat dan malaikat Jibril turun dengan izin Rabb mereka untuk mengatur segala urusan.Malam itu (penuh) keselamatan sampai fajar terbit”~Al-Qadr: 1-5~

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan”

~Hadis Riwayat Bukhari~

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment