Istimewanya Al-Quran Dalam Kehidupan

Al_Quran_by_durooob-642x336

Al-Quran merupakan kitab suci umat islam yang istmewa diamalkan dalam kehidupan umat islam. Al-Quran ialah Kitabullah yang terkahir yang diturunkan kepada Nabi Muhannad SAW. Al-Quran ini merupakan senjata yang paling mujarab kerana di dalamnya penuh dengan nur, hidayah, rahmat dan zikit.

Al-Quran diturunkan bagi mengajar manusia tentang konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar serta mendapat hidayahNya. Di dalam Al-Quran juga dijelaskan juga tentang contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya Al-Quran dan ketika penurunan Al-Quran. Melalui ini dapat, manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dna benar dalam semua bidang kehidupan. Al-Quran juga menjelaskan persoalan tentang akhir kehidupan manusia, iaitu situasi terakhir yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hari qiamat dan nasib setiap insan sama ada masuk ke syurga atau neraka. Nauzubillah…

Dalam AL-Quran Allah SWT berfirman:

Sesungguhnya telah dating kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad SAW) dari Allah dan sebuah Kitab  Al-Quran yang jelas nyata kebenarannya dnegan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan dengannya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya iman yang terang benderang dnegan izinNya dan denaganya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus. – Surah Al-Maidah: 14 & 15

Firman Allah SWT lagi:

Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi oang yang bertaqwa. – Surah Al-Baqarah: 2.

Sebuah hadis dari Rasulullah SAW berbunyai:

Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah SAW memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah SAW bersabda:

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana aia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku  meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran keran ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”

Kita dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi kandungan Al-Quran keran ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja, dnegan itu kita mendpaat manfaat dna faedah yang besar bukan sahaja pahala malah mendapat keredhaan Allah dalam kehidupan seharian kita. Membaca Al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir membaca Al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yang lain. Oleh itu, membaca Al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Raulullah SAW bersabda:

Daripada Ibnu Umar r.a berkata:

Rasulullah SAW telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment