Isteri Solehah Dan Ciri-cirinya

ISTERI SOLEHAH DAN CIRI CIRINYA

Beruntunglah bagi seorang lelaki yang dikurniakan isteri solehah..kerana isteri solehah adalah kebahagian bagi seorang suami..Nabi s.a.w bersabda yang ertinya: “Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah,rumah yang luas,jiran yang baik dan kenderaan yang selesa” Hadis riwayat ibnu Hibban..

Beruntunglah bagi seorang wanita yang Berjaya mendidik dirinya menjadi seorang yang solehah kerana balasan baginya adalah jannah..Daripada Anas r.a. Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : “Apabila seorang wanita mendirikan sembahyang lima waktu,berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami,dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.”
Nabi saw. Bersabda ertinya: “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya,maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi)

beza-lelaki-dan-perempuan

Disini saya sebutkan ciri-ciri isteri yang solehah buat panduan kaum muslimat :

1.Menutup aurat dari dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya

2.Tidak meninggikan suara kepada suami

3.Tidak mendedahkan rahsia dan aib suami

4.Tunduk bila berjalan dihadapn suami

5.melayani kehendak suami ketika suami berhajat

6.Sentiasa senyum dihadapan suami

7.Tidak menyakiti hati suami

8.Duduk bersopan dihadapan suami

9.Bangun bila suami lalu

10.Bertanya keadaan suami

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

11.Jangan melupakan jasa suami dan jangan menafikan kebaikkan yang pernah dilakukannya

12.Tidak menguasai harta suami

13.Memaafkan suami..jangan berdendam dan mengungkit kesilapan lama suami

14.Jika ada kemampuan rajin-rajin beri hadiah kepada suami

15.Sediakan minuman untuk suami sebelum suami meminta

16.Tidak cemburu buta

17.Menasihati suami dengan cara yang baik

18.Mengutamakan suami dari orang lain

19.Tidak meminta benda yang suami tidak mampu

20.Diam ketika suami marah

21.Tidak keluar rumah tanpa izin suami

– Ciri- ciri isteri solehah di atas saya nukilkan dari kalam al fadhil ustaz Ismail Kamus..waahhh beruntuangnya siapa yang pada diri isterinya ada ciri-ciri tersebut….Pesan saya kepada muslimat yang bakal dan yang telah bergelar isteri,berusahalah untuk menjadi isteri solehah disamping berdoa kepada Allah…:))

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment