Save on your hotel - hotelscombined.com

Islam Jalan yang Benar – Memuliakan Usahawan

Islam

Islam sangat mengambil berat bidang keusahawanan dan memuliakan usahawan. Rasulullah menggalakkan umatnya menceburi perniagaan dan tidak pernah menghalang umatnya mencari kekayaan. Islam menghasilkan ramai jutawan dalam perniagaan ketika nabi kita masih hidup. Islam juga berjaya mendidik usahawan menjadi insan beriman dan memanfaatkan hartanya bagi kemajuan agama islam serta penganutnya.

Ada di kalangan umat islam terpedaya dengan dakwah songsang yang mengajak kepada kehidupan miskin dan papa, kononnya kemiskinan tersebut akan membawa seseorang kepada syurga. Dakwah songsang ini sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan sebilangan umat islam dan menyebabkan mereka malas untuk mencari harta kerana takut kepada kelalaian dengan harta dunia. Mencari harta mahupun kekayaan bukanlah kesalahan dalam islam. Apa yang menjadikannya salah ialah mencari harta dengan cara haram, membelanjakan harta halal kepada maksiat ataupun bersikap kedekut.

Apa yang dikatakan Islam Memuliakan Usahawan boleh dilihat melalui kehidupan Nabi kita Rasulullah S.A.W seorang usahawan dan banyak membantu isterinya, Siti Khadijah membangunkan perniagaan. Apabila dilantik menjadi rasul, baginda menumpukan sepenuh perhatian kepada dakwah dan memberi galakan dan motivasi kepada para sahabat bagi menjalankan perniagaan.

Tuhan telah menjanjikan ganjaran syurga kepada usahawan yang jujur. ini membuktikan islam memandang mulia bidang keusahawanan ini.

Rasulullah S.A.W memberi jaminan, “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, shodikin (orang-orang yang benar), orang-orang mati syahid pada hari kiamat.” 

oleh Tarmizi dan Ibnu Majah 

Apabila Allah mengurniakan darjat usahawan jujur dan amanah bersama para nabi, shodikin, orang mati syahid, ia menunjukkan taraf mulia usahawan. Para nabi adalah golongan yang banyak berkorban harta dan jiwa  mendakwah umat ke agama Allah, malah ada yang terbunuh.  Begitu juga  para syuhada yang mengorbankan dirinya bagi meninggikan martabat Allah. Allah memulaikan para usahawan. Hadis di atas memberi galakan kepada usahawan bagi berusaha menjadi usahawan yang jujur dan amanah.

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment