Ilmu Pertahanan Diri TAPEDIRI

Sahabat sahabat pembaca yang dirahmati Allah dan dikasihi Rasulullah…

Pernahkah anda dengar perkataan TAPEDIRI atau pernahkah anda melihat kaedah ini?

Izinkan saya menerangkan serba sedikit berkenaan TAPEDIRI ini,

TAPEDIRI membawa maksud Taqwa, Pertahanan Diri dan Rawatan Islam. Ketiga-tiga elemen ini digabungkan lalu membentuk perkataan TAPEDIRI. Kaedah TAPEDIRI TIDAK menggunakan sebarang mentera, pertapaan, seru, kemeyan, jin, khadam atau sebarang bentuk amalan yang membawa kepada kufur dan syirik. Kaedah ini hanya menggunakan zikir-zikir, selawat dan ayat-ayat lazim dan ruqyah yang boleh dijumpai didalam Al-Quran dan Sunnah.

Tapediri Logo

TAPEDIRI adalah satu kaedah rawatan islam. Ianya bertujuan untuk merawat dan mengembalikan jati diri islam seorang muslim itu agar kembali ke jalan yang diredhai Allah. Sebagai contoh, jika seorang muslim itu tidak melaksanakan solat 5 waktu dengan sengaja, maka boleh dikatakan jati diri islam seorang muslim itu telah goyah.

Maka, disinilah TAPEDIRI diri itu berfungsi, TAPEDIRI seperti sebuah formula yang akan menguatkan kembali jati diri islam itu dan akan membuatkan hati seorang muslim itu bergetar apabila merasakan tanggungjawabnya terhadap Allah S.W.T. Oleh yang demikian,

Alhamdulillah, majoriti muslim yang mengambil kaedah TAPEDIRI ini telah berubah kearah kebaikan, melaksanakan solat 5 waktu tanpa dipaksa dan meninggalkan perkara-perkara mungkar dengan kerelaan hati. Disini, kalau dilihat, kaedah TAPEDIRI telah berjaya merawat hati muslim ini agar mengerjakan apa yang disuruh oleh Allah S.W.T dan meninggalkan laranganNya…

Pertahankan diri dari dalaman

Selain rawatan islam, kaedah TAPEDIRI ini juga berfungsi sebagai ikhtiar untuk mempertahankan diri dari khianat musuh (dengan izin Allah S.W.T). Kaedah ini TIDAK membuatkan seseorang itu kebal; tetapi seolah-olah mewujudkan satu lapisan aura yang menjadi benteng menghalang perbuatan khianat itu ( In Shaa ALLAH ).

Tiada jin atau khadam digunakan, yang digunakan hanyalah ayat 11 dari surah Al-Maidah yang diamalkan bacaannya oleh muslim yang mengambil kaedah TAPEDIRI. Individu yang mengambil kaedah TAPEDIRI ini juga boleh merawat gangguan dengan cara rawatan islam.

Kesimpulannya, Jika dilihat dari satu perspektif yang lain, kaedah TAPEDIRI ini sebenarnya merawat hati, menimbulkan kembali ketaqwaan dalam diri serta secara tidak langsung mempertahankan diri dari khianat musuh. Ianya bukanlah ilmu baru atau amalan sesat, tetapi hanyalah satu kaedah untuk menyedarkan jiwa untuk kembali bertaqwa kepada Allah S.W.T.

Berminat Untuk Bertanyakan Tentang Ilmu TAPEDIRI Dan Rawatan Islam Sila Hubungi : Abu Nafis +6 0111-29649740

Apa Komen Anda

1 comment… add one
  • Aiman tahir Link Reply

    Tapediri ni haram..walaupun tuan cakap ia guna ayat alquran..diluar nampak elok,tetapi didalamnya sihir..kalau betul tapediri ni x sesat,sebutkan pada saya,apakah kategori bagi tapediri dalam islam(perkara luar biasa dalam islam)..1.maunah untuk org soleh..sedangkan ahli tepediri tidak menutup aurat..soleh ke??.2.istidraj untuk org fasik..mcm firaun..3.karomah untuk para wali..ahli tapediri wali ke??..4.sihir..sihir maybe boleh dikategorikan untuk tapediri..bertaubat la saudara..sihir ni payah nk buang..

Leave a Comment