Hukum Perdagangan E-Currency

Matawang

     Pertukaran matawang asing atau lebih dikenali dengan nama ‘Forex’, merupakan satu bentuk perdagangan yang berteraskan pertukaran matawang antara negara. Bermula tahun 2008, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah memutuskan perdagangan  matawang asing adalah haram bagi umat islam.

Namun begitu, terdapat segelintir ulama mengatakan bahawa perdagangan pertukaran matawang asing itu tidak haram dan merupakan suatu bentuk perniagaan yang harus. Tetapi kenapa wujud pandangan sebegini?

Perbezaan pendapat ini wujud kerana pada hakikat sebenar, perdagangan matawang asing itu tidaklah haram sekiranya pedagang mempunyai ilmu dalam bidang tersebut dan tidak sewenang-wenangnya memperjudikan matawang yang didagangkan untuk mengaut keuntungan.

Perdagangan atau jual beli itu hendaklah mempunyai ijab kabul, perjanjian antara penjual dan pembeli serta memenuhi syarat transaksi seperti bermanfaat, suci, jelas dan diperoleh dengan imbalan. Sekiranya perdagangan pertukaran matawang memenuhi setiap syarat hukum ini, maka ianya boleh dihukumkan sebagai harus.

Namun begitu, platform-platform perdagangan yang terdapat di internet jelas sekali tidak memenuhi hukum-hakam ini dan menimbulkan pelbagai kemusykilan makanya dijatuhkan hukum haram.Pertukaran matawang asing

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Ketetapan yang telah dibuat oleh Jawatan Fatwa Kebangsaan menunjukkan pendirian mereka terhadap kemusykilan untuk dijadikan panduan kepada umat Islam di Malaysia. Tindakan Fatwa untuk meletakkan sesuatu hukum itu sebagai haram sudah tentu dipadani dengan kajian yang mendalam.

من سترئ شيتالم يرهفله الخيارإذاراه

“Barang siapa yang membeli sesuatu yang ia tidak melihatnya, maka ia berhak khiyar jika ia telah melihatnya”.

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment