Hukum Menghadiri Kenduri Kahwin Yang Ada Kemungkaran

perkahwinan

Menghadiri majlis walimatul ‘urus adalah wajib di dalam mazhab Syafie.Ini berdasarkan hadis sohih:

“Apabila kamu dijemput ke kenduri perkahwinan,maka hendaklah kamu menghadiri”

Namun kewajipan ini dikecualikan jika terdapat kemungkaran.Ini disebutkan di dalam Minhaju tolibin:

“Dan diantara syarat wajibnya hadir ke majlis walimah adalah tidak ada perkara kemungkaran.Maka sekiranya kemungkaran akan hilang dengan sebab kehadirannya maka hendaklah dia hadir.Diantara kemungkaran adalah hamparan sutera,gambar atau patung haiwan”(Rujuk:Minhaju tolibin bersama syarahnya Mughni al Muhtaj 3\314)

Gugur Hukum Wajib Menghadiri Walimah Apabila:

– Jika majlis kenduri hanya khusus untuk orang kaya sahaja

– Majlis mempamerkan atau mendedahkan gambar bernyawa

– Bercampur pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram

– Jika majlis kenduri itu terdapat arak

– Ada tari menari

– Menggunakan set makanan dan minuman yang diperbuat emas dan perak

– Diselitkan majlis hiburan yang melanggar batasan syarak

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment