Hukum Memakai Bekas Dari Emas Dan Perak

singki mas

Islam melarang umatnya dari menggunakan bekas yang diperbuat dari emas dan perak sama ada menggunakan untuk makan,minum atau bersuci..

Oleh seorang yang makan menggunakan pinggan emas atau perak dia berdosa

Seorang yang minum menggunakan cawan yang diperbuat dari emas atau perak dia berdosa..

Seorang yang berwuduk dari bekas emas atau perak dia berdosa walaupun wuduknya sah..

Seorang yang bersuci selepas membuang air menggunakan gayung emas atau perak dia berdosa..

sudu masSeorang yang makan ubat menggunakan sudu emas atau perak dia berdosa..

Dalil:

Dari Ummu Salmah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Orang yang minum dari bekas perak sesungguhnya menggelegak di dalam perutnya neraka jahanam”

(muttafaqun ‘alaih)

Didalam riwayat imam Muslim disebutkan mereka yang makan dan minum di dalam bekas perak dan emas menggelegak didalam pertunya api neraka”

Banyak lagi hadis-hadis Nabi s.a.w berkaitan hal ini..

bekas perak

Imam an-Nawawi berkata:”Kaum Muslimin telah ijmak(bersepakat) diharamkan makan dalam bekas emas dan perak kepada lelaki dan wanita.

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Termasuk juga dalam larangan menggunakan emas dan perak adalah semua perkakas-perkakas yang diperbuat dari emas atau perak seperti sudu,garpu,periuk,kuali,kasut,kamara,telefon,pen,pengasah pensel dan apa sahaja
barangan-barangan yang menjadi kegunaan  kita..

Nota:Wanita diharuskan menggunakan perhiasan emas tapi menggunakan bekas\benda-benda seperti yang disebutkan diatas dari emas dan perak hukumnya sama sahaja seperti lelaki.

cawan perak

Info Tambahan:Imam Ibnu Sina di Dalam kitabnya yang bernama “Undang-undang kedoktoran” berkata:

“Antara punca manusia terkena penyakit barah(cancer)adalah disebabkan makan menggunakan bekas dari emas dan perak”

Wallahu’alam..

 

 

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment