Hukum Makan Belangkas

Belangkas

Saya yakin masih ramai lagi dikalangan masyarakat kita yang tidak mengetahui status hukum memakan belangkas.Ini mungkin disebabkan kerana hidupan laut ini jarang kita temui melainkan bagi yang tinggal berhampiran dengan kawasan pantai seperti keluarga nelayan.. Di Pasar-pasar juga tidak pernah ada orang yang menjualnya.. Boleh jadi antara kita ada yang langsung tidak pernah mengenali bentuknya.. Jadi bila tidak pernah atau jarang berjumpa dengan hidupan laut ini maka kita pun tidak terfikir apakah hukum memakannya.

Setakat pengetahuan saya tidak ada dikalangan masyarakat melayu yang memperkenalkan dan mempopularkan masakan dari belangkas melainkan  cuma di beberapa tempat di negeri johor seperti di daerah kota tinggi..S ekarang ini di sana telah dibuka restoran yang menyediakan menu masakan belangkas bahkan disana ada yang menamakan restoran mereka dengan “Belangkas Mahkota”.

Tapi itu di beberapa tempat di johor,adapun di negeri-negeri lain seperti negeri kelahiran saya perak,belum pernah saya dengar lagi ada kedai makan muslim yang menyediakan menu belangkas.

Ini mungkin kerana belangkas bukanlah satu dari makanan tradisi masyarakat melayu dan amat jarang didengari orang melayu memakan belangkas. Pengalaman saya bila menceritakan kepada rakan-rakan bahawa  keluarga saya pernah memakan belangkas.. Ada yang macam terkejut dan berkata bukankah Belangkas dua alam.. Ada pula yang bertanya macam mana rupa belangkas yee..Dari saya sekolah menengah sehinggalah keperingkat universiti tidak pernah saya kenal ada dikalangan rakan-rakan yang pernah makan belangkas bahkan seperti yang saya sebut tadi, ada pula yang tanya belangkas tu macam mana.. saya jawab cuba google jumpa la nanti..

Ketika di sekolah menengah agama dahulu bila belajar bab haiwan yang halal dan yang haram dimakan, disana ada disebutkan bahawa haiwan dua alam haram dimakan. Lantas saya pun teringatkan belangkas dan berfikir adakah belangkas hidup dua alam dan jika dua alam makan saya dan keluarga sudah makan dari haiwan yang diharamkan syarak.

Saya menceritakan perkara ini kepada kawan-kawan. Setelah itu ada rakan saya yang pergi berjumpa tiga orang ustaz. Tapi jawapan mereka berbeza.. Seorang ustaz lepasan al-azhar bila ditanya beliau menjawab belangkas harus dimakan. Seorang ustaz lepasan indonesia bila ditanya haram makan. Seorang lagi adalah Mudir  sekolah yang memberi jawapan daging belangkas haram tapi telurnya harus.. aaaahh buntu saya dibuatnya. Ustaz-ustaz pun berbeza jawapan.

Tapi setelah saya melanjutkan pelajaran di dalam bidang agama diperingkat yang lebih tinggi barulah saya tahu jawapan yang tepat tentang perkara ini. Sebenarnya Ulama berbeza pendapat berkaitan memakan haiwan dua alam. Secara ringkasnya, pendapat muktamad dalam mazhab imam Syafie haram dan pendapat dalam mazhab imam Malik harus.

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Adapun belangkas sebenarnya ia bukanlah dikatagorikan sebagai haiwan dua alam. Memang belangkas boleh naik ke darat,jika tidak takde lah orang kata”macam belangkas”:)). Naiknya belangkas ke darat bukanlah bermakna dia boleh hidup terus di darat. Cuba kita tengok ikan keli bukankah ikan keli ni liat nak mati.. Pengalaman saya beli ikan keli pagi malam pun dia masih bergerak-gerak dalam pelastik.. Saya nak sebut dari segi saintifik kenapa belangkas boleh tahan lama naik ke darat dah tak ingat faktanya dan malas nak google so anda cubalah cari jawapannya sendiri ye.. Saya nak share keputusan muzakarah majlis fatwa kebangsaan berkaitan status hukum makan belangkas dan fakta tentang darah belangkas yang pernah saya baca dahulu disatu ruangan di akhbar utusan Malaysia..

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya.Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.

Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.

Darah belangkas

Fakta darah belangkas :

Tahukah anda bahawa darah belangkas adalah berwarna biru…

Tahukah anda darah belangkas dikatakan mengandungi bahan untuk mengesan virus,bakteria dan toksin dan mempunyai nilai tinggi dalam bidang perubatan.

Apa Komen Anda

13 comments… add one
  • sy jauh dari kuala atau laut,tp dari kecik da biasa makan menda ni,walau pon bau nya busuk tapi enak,bila ajak kwan makan belangkas dorang buat muka pelik,yg sy tahu tentang belangkas ni dia halal kerana ia akan naik ke darat untuk mengawan dan bertelur,pasal tu bila kita jumpa belangkas jantan pasti ada yg betina di situ,macam tu la sebalik nya,pasal tu org tua2 kata
    ‘ dah macam belangkas la kau berdua ni’
    best info

  • good info..TQ for sharing

  • muhamad Link Reply

    hukum haram makan belangkas ni bukan disebabbkan namanya tetapi kerana sifatnya..tak kiralah ap nama haiwan tersebut tetapi jika sifatnya hidup dua alam..maka hukum makannya adalah haram…

    sebab itu hukum makan belangkas ini berbeza pendapat antara ulamak kerana belangkas ad yg boleh hidup dua alam dan ada yang boleh hidup satu alam shaja berdasarkan jenis pantai dan tempat…

    • Ashraf Link Reply

      Ko tak tahu dan tak pernah makan jgn nak memandai2.. ni lah budak zaman skrg google je terus percaya.. org dulu2 xde google2 ni sume.. sume berpandukan Kitab Suci Al-Quran.. ko balik ko cerminkan diri ko, buka balik kitab suci kita dan baca.. bukan setakat baca budak2 pon tau.. kene tau maksudnya.. faham ye sedara.. minta maaf kalau saya kasar bahasa.. saya cume taknak org melayu kite ni sesat.. Wassalam

  • nor Link Reply

    penyu pun naik ke darat utk bertelur sahaja…
    adakah penyu halal di makan?

  • Punyalah panjang mukaddimah
    bagi je la hukum terus

  • Nurul Ashikin Abdul Aziz Link Reply

    saya tak pernah makan belangkas.tp belangkas yg pernah mkn sy.dasar belangkas.xnk dtg umah awk lg.huh!

  • Muhammad Link Reply

    sekiranya muslim Syafie boleh makan belangkas.

    Maka bolehlah makan penyu.

    Jgn ckp haram pula.

  • setahu saya belangkas tidak naik ke darat spt penyu. semasa air pasang belangkas akan ke pantai utk bertelur di gigi air (dalam air). ketika ini org tangkap dan naikan ke darat.

    belangkas yg terselamat akan hanyut ke laut bersama air surut.

  • Link exchange is nothing else except it is just placing the other person’s webpage link on your page
    at proper place and other person will also do similar in support of you.

  • Thank you for any other magnificent article. Where else may anybody get that type
    off information in such an ideal manner of writing? I have a presentation next week, and I am at the look for such info.

  • wawa Link Reply

    Penyu bernafas tak pakai insang…kalau letak dia lama2 atas darat pon takper… belangkas ni katanya td pakai insang…maka takleh lelamer sgt… lepas bertelur balik la laut… gitula yg daku paham melalui artikel ni.

Leave a Comment