Hukum Keputihan Wanita

KEPUTIHAN

Apa itu keputihan?

Rasanya tak perlu dah nak terangkan tentang keputihan ini sebab dah tentu semua wanita tahu hal ini.. Kalau orang lelaki nak tahu apa itu keputihan anda google jelah adalah tu yang dah tulis pasal keputihan ni..

Saya cuma nak kongsikan hukumnya sahaja selain dari tu saya tak berapa tahu.

Keputihan merupakan suatu yang membebankan dan menyulitkan wanita dalam kehidupan seharian mereka.. betulkan wahai kaum wanita ? Anda terpaksa berulang kali membasuh, tak selesa dan kadang-kadang anda jadi was-was dalam solat..

Kita tahu bahawa setiap yang najis itu dia adalah kotoran tapi setiap yang kotor itu belum tentu dia adalah najis.

Demikianlah dengan halnya keputihan wanita. Keputihan merupakan sejenis kotoran yang tidak dihukumkannya najis seperti mana peluh dan daki.

Bermakna seorang wanita bila mana pakaian dalamnya terkena keputihan dia tidak perlu membasuhnya dan sekiranya keputihan itu keluar sedangkan dia masih wuduk maka keluarnya keputihan itu tidaklah membatalkan wuduknya.

Tidak dinafikan bahawa perkara ini menjadi pembincangan para Ulama yang mana sebahagian ulama mazhab as-syafie (pendapat terkuat) menghukumkan keputihan itu adalah najis dan membatalkan wuduk, namun sebahagian Ulama dalam mazhab as-syafie berpandangan keputihan bukanlah najis dan ia tidak membatalkan wuduk.Ini juga pandangan Ulama kontemporari seperti Asy-Syaikh Mushthafa Al-‘Adawiy hafidhahullah dan Dr Sa’aduddin al hilali hafidhahullah..

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Ulama yang berpandangan keputihan itu adalah najis mereka mengkiaskan keputihan sama seperti air kencing,mazi,wadi dan darah haid kerana keluar dari dalam kemaluan wanita..

Adapun Ulama yang mengatakan keputihan bukanlah najis mereka beralasan :

Tidak ada nas yang sohih lagi sorih menyebut bahawa keputihan adalah najis

Keputihan samalah seperti cecair yang keluar dari tubuh wanita seperti peluh

Sifat keputihan tidak sama dengan cecair yang keluar dari kemaluan wanita iaitu air kencing,mazi,wadi dan darah.

Kesimpulan:

Wanita dibenarkan untuk beramal dengan pendapat yang mengatakan keputihan bukanlah najis dan ia tidak membatalkan wuduk. Jika mereka berpegang dengan pendapat pertama dalam mazhab as-syafie maka itu akan membebankan dan menyulitkan kehidupan wanita yang terpaksa selalu mencuci kemaluan dan pakaian dalam serta boleh menyebabkan mereka merasa was-was dalam ibadat mereka.

Apa Komen Anda

6 comments… add one
  • Setiap wanita perlu ambil cakna bab nie, dan perlu tahu bab keputihan ini supaya mudah beribadah

  • good sharing….thank

  • eina Link Reply

    bagaimana pula jika keputihan itu berwarna?dan kadangkala warnanya seakan mempunyai darah seperti darah haid?adakah perlu mandi wajib?atau ia juga dikategorikan sebgai keputihan juga?

  • Puteri Link Reply

    syukran jazilan… maklumat yang bermanfaat

  • nia Link Reply

    kalau cecair jernih yang keluar masa subur tu batal wuduk ke? bila saya bersihkan kemudian wuduk dan solat dia keluar masa sedang solat mcm mana? saya ada alas dengan pad tetapi dia agak banyak dan berterusan la susah nak wuduk banyak2.. lagi satu, saya nak qada solat fardhu yang saya pernah tinggal mcm mne takkan nak wuduk sekali lagi? tak ape ke kalo ikut pandangan yg kata tak najis , ? kalo ada dua pandangan berbeza kita boleh ke pilih nak ikut mana? tolong answer pls…syukran..

Leave a Comment