Save on your hotel - hotelscombined.com

Hukum Bayar Zakat Kepada Waris

feqh zakat

Hukum Membayar Zakat Kepada Ahli Waris :

Oleh:Ustaz Shauqi Othman

Soalan: Boleh tak memberi zakat kepada cucu atau nenek ?

Jawapan:

Kebanyakan fuqaha’ menyatakan bahawa tidak diharuskan membayar zakat kepada usul (ibu, ayah, datuk, nenek dan ke atas) dan tidak harus juga kepada furu’ (anak, cucu, cicit dan ke bawah). Sebabnya ialah mereka itu memang wajib menerima nafkah , sekiranya dibayar zakat kepada mereka maka manfaat zakat itu akan kembali kepada pembayar zakat itu sendiri.

Soalan: Apakah dibolehkan membayar zakat fitrah kepada abang yang miskin

Jawapan:

Kebanyakan ahli ilmu mengharuskan bayaran zakat kepada warisnya seperti adik, abang, kakak, sepupu, bapa saudara dan sebagainya yang miskin kecuali yang tidak dibenarkan ialah memberikan zakat kepada usul (ibu bapa) dan furu’ (anak). Bahkan memberikan zakat kepada waris itu lebih afdhal dan mendapat pahala yang lebih besar sebagaimana hadis nabi SAW yang bermaksud: “pemberian kepada orang miskin itu mendapat pahala sedekah, manakala pemberian kepada waris itu menghasilkan dua perkara iaitu pahala sedekah dan persaudaraan”.

Soalan: Apakah terdapat kelonggaran hukum dari sudut memberi zakat kepada ayah sendiri?

Jawapan:

Tidak diharuskan untuk membayar zakat kepada bapa atau anak sekiranya mereka itu termasuk dalam asnaf fakir miskin. Akan tetapi sekiranya mereka tidak termasuk dalam asnaf ini,maka diharuskan untuk membayar zakat kepada mereka dalam asnaf yang lain iaitu selain fakir miskin seperti seorang bapa yang berjihad di jalan Allah atau seorang muallaf.

MindaKini.Com

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment