Dalil-Dalil Yang Membolehkan Membaca Al Quran Di Kubur

jpg

1.Diriwayatkan dari imam Ahmad bin Hanbal bahawa beliau berkata”Membaca al Quran di kubur adalah bidaah’.Kemudian beliau menarik balik fatwanya daripada menyatakan ia adalah bidaah..

Sekumpulan murid-murid Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan pada suatu ketika beliau melarang seorang buta membaca Al Quran di kubur.Imam Ahmad berkata kepadanya”sesungguhnya membaca Al Quran dikubur adalah bidaah.”Kemudian Muhammad bin Qudamah al Jauhari berkata kepada imam Ahmad”apa pendapat Tuan tentang Mubsyir al Halabi?Imam Ahmad menjawab”Beliau seorang yang siqah”Kemudian Muhammad berkata”sesungguhnya Mubsyir meriwayatkan kepada aku athar daripada Abdul Rahman bin al ‘ala bin al Lajlaj daripada ayahnya bahawa ayahnya berwasiat apabila beliau disemadikan agar dibacakan awal dan penutup surah Al Baqarah..Ayahnya berkata,aku mendengar bahawa Ibnu Umar r.a berwasiat sedemikian..Selepas dari itu imam Ahmad berkata”pergi kepada lelaki tersebut dan katakan kepadanya bahawa al Quran boleh dibaca di kubur”..

Adapun berkenaan dengan sanad cerita ini,al Haitami berkata,”At Tabrani meriwayatkan di dalam mu’jam al kabir dengan berkata,”perawi perawinya adalah siqah”. Imam Nawawi menyatakan sanad cerita adalah hasan.Berkata al Hafiz di dalam amali al Azkar ,”ini adalah hadis mauquf dan ia adalah hasan.”

Para pengikut imam Ahmad bin Hanbal yg mengarang di dalam mazhab imam Hanbal lebih mengetahui tentang riwayat riwayat mengenai imam Ahmad daripada orang lain.Kesemua mereka menukilkan daripada imam Ahmad bahawa beliau berpendapat membaca al Quran di kubur adalah harus,dan penarikan imam Ahmad terhdap larangan membaca Al Quran dikubur berdasarkan riwayat yang disebutkan oleh al Khalal.Kesemua ulama ini,kebenaran adalah bersama mereka.Imam Mubsyir adalah siqah dan Abdul Rahman bin al Ala’ perawi yg siqah seperti mana disebutkan oleh Ibnu Hibban di dalam kitab al siqat..

2.Imam Yahya bin Ma’in pakar ilmu jarhi wa Ta’dil berpendapat bahawa membaca Al Quran di kubur adalah harus dan pendapat ini sama dengan mazhab Ahmad dan sama dengan hujah mereka. Berkata Abbas al Dauri:”Aku bertanya Yahya bin Ma’in hukum membaca Al Quran di kubur,kemudian beliau berkata Mubsyir bin ismail al Halabi meriwayatkan kepada aku daripada Abdul Rahman bin al Ala’ bin al lajlaj daripada ayahnya bahawa beliau berkata kepada anak anaknya:”apabila kamu masukkan aku kedalam kubur dan meletakkan aku di liang lahad maka ucapkanlah BISMILLAHI WA ‘ALA SUNNATI RASULILLAH kemudian tinggikan sedikit tanah di atas kubur itu,kemudian bacalah di kepalaku permulaan surah al Baqarah dan ayat penutupnya,sesungguhnya aku telah mendapati Ibnu Umar menyatakan perkara itu digalakkan(rujuk:Tarikh Yahya bin Ma’in melalui riwayat al Dauri jilid 2 m\s 4,5)..

3.Nabi kita bersabda(ertinya):

اقرأوا على موتاكم يس

“Bacalah kepada mereka yang mati surah Yasin”

Berkata imam as suyuti di dalam syarh al sudur bahawa imam Qurtubi berkata mengenai hadis di atas,ia mungkin bermaksud ke atas mayat ketika matinya(nazak) atau ia juga bermaksud ketika di kubur(setelah mati)..Kemudian imam as suyuti bekata,”Makna yang pertama bacaan ke atas mayat ketika kematian adalah pendapat jumhur Ulama(majoriti Ulama2 4 mazhab berpandangan mustahab membaca yasin kpd org yg sedang nazak.Ini jg dipegang oleh sebahagian Ulama aliran salafi) seperti disebutkan di awal kitab.

Makna yang kedua ketika di kubur adalah pendapat Ibnu Abdul Wahid al Maqdisi di juzuk yang disebutkan tadi.

Pendapat bahawa hadis memberi erti kepada kedua dua makna merupakan pendapat al muhib at Tabari(boleh baca ketika nazak dan setelah mati)

Ibnu Muflih berkata di dalam kitab al furu’:”sebahagian daripada Ulama yang membolehkan membaca al Quran di kubur berhujah dengan hadis ini”.. Berkata Ibnu Hajar al Haitami:”Ibnu Rif’ah berpegang kepada makna yang zahir bergitu juga dengan Zarkasyi berkata tidaklah begitu jauh atau pelik pendapat yang menggunakan lafaz pada hakikat dan majaz bahawa sunnat membaca di dalam kedua dua keadaan(ketika nazak dan ketika sesudah mati)(rujuk”al fatawa jilid 2 m\s 27)

Berkenaan dengan hadis ini,para Ulama khilaf tentang statusnya..Ada dikalangan ahli hadis seperti Ibnu Hibban yang mensohihkan dan ramai juga dikalangan ahli hadis seperti syeikh al Bani yang mendhoifkannya..

Kata Syeikh Ibnu Utsaimin:

bagi mereka yang mengatakan status hadith ini sahih,maka membaca surah Yasin adalah sunnah,dan bagi mereka yang mengatakan status hadith ini lemah (dhaif),maka perbuatan tersebut bukan sunnah (Fatawa Ibn Utsaimin)

Terdapat juga dikalangan Ulama  yang berpandangan membaca yasin kepada orang nazak itu mustahab(digalakkan),tetapi membaca setelah mati itu adalah bid’ah..

4. Nabi SAW telah menyembahyangkan jenazah di atas kubur seperti yang diriwayatkan oleh Hadis Bukhari dan muslim dan kitab kitab Hadis yang lain…Sudah diketahui bahawa solat jenazah merangkumi zikir,membaca al Quran dan doa….

Kaedah menyebutkan:”Apabila dibolehkan keseluruhan,dibolehkan sebahagian darinya”..

5.Dari Ibnu Abbas bahawa pada suatu ketika Nabi SAW lalu di hadapan dua kubur kemudian Baginda bersabda(ertinya)”sesungguhnya penghuni kedua dua kubur ini diseksa,tidaklah mereka diseksa disebabkan dosa dosa yang besar,adapun salah seorang daripada mereka suka mengadu domba(batu api),dan seorang lagi tidak betul betul menyucikan air kencingnya”.

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Nabi mengambil pelepah tamar yang masih lembab dan Nabi SAW mencacakkan ke atas kedua dua kubur tersebut lalu bersabda yang maksudnya: “Mudah mudahan diringankan siksaan kedua dua penghuni kubur tersebut selama kedua dua kayu itu belum kering..

Berkata imam al Khathabi:Hadis ini menunjukkan disunatkan membaca al Quran di kubur.ini kerana sekiranya tasbih dari pokok di harapkan faedahnya,maka membaca al Quran lebih baik daripada pokok dari sudut penerimaan dan berkatnya.

Berkata Ibnu al Mulaqqan:Para ulama menyatakan sunat membaca Al Quran di kubur seperti dinukilkan oleh imam Nawawi daripada para Ulama berdasarkan hadis ini.Ini kerana,kalaulah duharapkan keringanan ke atas mayat dengan tasbih dari kayu pokok maka Al Quran lebih aula(utama) dan afdal.. Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan dengan menyatakan bahawa Hafs bin Ghiyath meriwayatkan kepada aku daripada al mujalid daripada al Sya’bi bahawa beliau bekata:”Adalah golongan Ansar membaca surah al Baqarah di disisi mayat” Dan Khalal berkata:”Adalah golongan Ansar,apabila mati seorang daripada mereka,mereka pergi membaca Quran di kuburnya”.(rujuk:Ibnu Abi Syaibah dalam al musannif dan al khallal dalam al amru bil ma’ruf wan nahyu ‘anil munkar m\s 126).

Imam Al-Qurtubi didalam kitabnya yang bertajuk “Al-Jami’ li Ahkam Al-Quran” atau dikenali sebagai “Tafsir Al-Qurtubi”. Menyebutkan dibolehkan membaca al Quran dikubur dan beliau juga bukan sekadar menyatakan bahawa perbuatan itu boleh diamalkan bahkan disebutkannya lagi :

اذا خفف عنهم بالأشجار فكيف بقراءة الرجل المؤمن القرآن

Maksudnya;

“Apabila di ringankan (azab) daripada mereka dengan pokok-pokok, maka bagaimana dengan bacaan Al-Quran dari lelaki yang mukmin?

Firman Allah:

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

Maksudnya;

“langit Yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk Yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih Dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka.Sesungguhnya ia adalah Maha penyabar, lagi Maha Pengampun”

PANDANGAN MAZHAB:-

Mazhab Hanafi:Didalam kitab fatwa hindiah”Disunatkan apabila ditanam mayat,beberapa orang duduk di tepi kubur membaca ayat Al Quran dan berdoa kepada simati beberapa ketika sekadar tempoh seorang yang menyembelih dan membahagikan daging binatang sembelihan” Di dalam kitab Radd al muhtar:”Tidak makruh duduk di kubur membaca al Quran dalam pendapat yang terpilih”.

Mazhab Maliki:Di dalam kitab Nawazil Sughra yang dikarang oleh al mahdi al wazzani al maliki menyebutkan:”Adapun membaca Al Quran di kubur,Ibnu Rusyd di dalam ajwibah,Ibnul Arabi di dalam ahkam al Quran,al Qurtubi di dalam at tazkirah menyatakan bahawa si mayat mendapat manfaat hasil daripada bacaan tersebut sama ada Al Quran dibaca di rumah atau di perkuburan”

Berkata imam Malik bacaan di kubur makruh..

Mazhab Syafie: Dalam kitab majmuk bagi imam Nawawi

“Disunnatkan bagi orang yang menziarahi kubur bahawa membaca apa-apa yang mudah dari al-Quran dan mendoakan untuk mereka (yang mati) selepas bacaan (al-Quran). Telah menashkan oleh Imam Syafie padanya..Ashhab(ulama2 mazhab syafie)juga telah sependapat..

Katanya lagi(Imam Syafie) ditempat yang lain “Jika mengkhatamkan bacaan al-Quran oleh mereka (yang hidup) di kubur lebihlah afdhalnya” (halaman 311, juzuk 5, cetakan Dar al-Fikr)

Dalam Nihyah al Muhtaj menyebutkan:”Disunatkan membaca Al Quran dan berdoa setelah selesai membacanya.Sesungguhnya ia memberi manfaat kepada si mayat dan doa selepas membaca Al Quran lebih cepat dimakbulkan. “

Dalam Feqh Mahanji juga disebutkan sunat membaca al Quran bagi orang yang menziarahi kubur..

PERHATIAN!!!

Berkata imam Ibnu Taimiah di dalam Iqtida’..”Tidak ada kalam daripada imam syafie dalam masalah ini(bacaan al Quran di kubur).Ini kerana disisi Imam Syafie perkara ini adalah bidaah”

JAWAB:Sesungguhnya Ibnu Taimiah telah tersilap ke atas imam syafie di atas penafian tersebut dan menyatakan apa yang tidak dikatakan oleh imam Syafie” (Dr umar Abdullah Kamil)

Wallahu a’lam..

 

Apa Komen Anda

1 comment… add one

Leave a Comment