Ciri-Ciri Wanita Yang Solehah

wanita solehah

CIRI-CIRI WANITA YANG SOLEHAH:

1. Mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadis qudsi:

“HambaKu yang mendekatkan diri kepadaKu dengan melakukan amalan fardu lebih AKU cintai.Sentiasalah hambaKu berterusan menghampiriKU dengan amalan sunat sehingga AKU mengasihinya.Apabila AKU mengasihinya,jadilah AKU pendengarnya yang dia mendengar dengannya,penglihatan yang dia melihat dengannya.tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya,kalau dia meminta kepadaku,pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganKU,pasti AKU akan melindunginya”
(Riwayat al-Bukhari)

Termasuk mencintai Rasulullah s.a.w adalah dengan mengikuti perintah,teladan dan sifat Rasulullah s.a.w.

Firman Allah s.w.t:

Ertinya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku,nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani.(surah Ali Imran: 31)

2. Mentaati Ibu Bapa.

Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara ma’ruf dan jangan sesekali menyakiti mereka

Firman Allah s.w.t

Ertinya: “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa(surah al-Isra’: 23)

Bagi wanita,sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.

3. Mentaati Suami Dalam Perkara Ma’ruf.

Setelah menikah ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami.Wajib mentaati suami dalam perkara yang ma’ruf..Apabila suami menyuruh melakukan maksiat gugurlah kewajiban mentaati suami ketika itu.

Sabda Rasulullah saw::”Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah ”

Rasululllah bersabda:

“Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,nescaya aku akan menyuruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”

(Riwayat al-Tirmizi hasan sahih)

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah.Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.

Firman Allah dalam surah an-Niasa’ ayat 34:

Ertinya:”Wanita yang salehah,ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri(tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suami)ketika suaminya tidak ada,oleh kerana Allah telah memelihara mereka”

4. Mengurus rumah tangga.

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami.Duduk di rumah bukan bererti hanya berdiam diri saja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.Tugas seorang isteri ketika ketiadaan suami ialah menjaga rumah,harta-harta suami dan menjaga serta mendidik anak-anak.

5. Berhias untuk suami

“Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita..Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya.Apabila disuruh dia patuh,menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga hartamu”

(Hadis ini dihasankan oleh al-Albani)

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur.Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakain yang bersih dan cantik maka ia menjadi penawar kepada suami..Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang dan bertambahlah kasih sayang terhadap isteri.

Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata:Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan.Ketika kami sampai ke Madinah,kami ingin masuk ke rumah masing-masing.Maka Rasulullah s.a.w bersabda:”Bersabarlah,iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas isyak,supaya isteri dapat menyikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama ditinggalkan suaminya”

(HR: Muttafaqun ‘Alaihi)

6. Berpakaian menurut Syara’.

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteriyang solehah.Allah SWT berfirman yang ertinya:

“Hai anak Adam..sesungguhnya Kami telah menurunkan pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik.Yang demikian itu adalah sebagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah,mudah-mudahan mereka selalu ingat”.(Surah Al-A’raaf: 26)

7. Menjaga batas pergaulan.

8. Bersahabat dengan wanita solehah.

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment