Cara Syaitan Menyesatkan Manusia

Screen Shot 2012-12-31 at 8_16_47 AM

Sabda Nabi SAW: Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia sebagaimana perjalanan darah. (HR Bukhari dan Muslim)

Ibnu Abbas berkata : “Syaitan akan menyelinap ke dalam hati manusia jika dia sedang lupa, lalai dan was-was. Tetapi jika ia ingat kepada Allah maka syaitan pun akan pergi“.  Melalui keterangan ini, jelaslah bahawa syaitan dapat menyelinap ke dalam hati manusia. Dan dia akan memilih hati sebagai markasnya keran hati sangat menentukan pergerakan manusia. Segala gerak-geri anggota manusia adalah atas arahan hati. Jika iman seseorang menguasai hatinya maka ia akan menjadi manusia yang baik. Tetapi jika sebaliknya maka syaitan akan menguasainya dan akan menjadi manusia yag jahat.

Syaitan merupakan musuh kita yang paling utama. Dialah punca segala kerosakan dan kejahatan yang berlaku dimuka bumi ini. Oleh itu, kita wajib mengukuhkan hati kita dengan iman dan akidah yang kukuh berdasarkan Al-Quran dan Hadis Nabi yang sahih. Selain itu, kita juga perlua mengetahui bagaimana cara syaitan menyesatkan manusia kerana syiatan sangat pakar dalam menipu.

CARA SYAITAN MENGGODA MANUSIA

Menghiasai Kebatilan

Kebatilan baisanya merupakan gambaran yang buruk lagi menjijikkan. Oleh itu, syaitan sentiasa berusaha menutup keburukan supaya kelihatan indah dan menarik.

Iblis berkata : “Ya, Tuhanku, Oleh sebab engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya“. (Al Hijr:39)

Menamakan Ma’siat dengan Istilah yang Menarik

Berkata Iblis: “Hai Adam, mahukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi (pohon kekekalan) dan kerajaan yang tidak akan binasa?” (Thaaha/20:120)

Oleh itu, jangan hairan kalau pengikut-pengikut syaitan dari kalangan mausia menamakan arak dengan minuman suci, riba dinamakan bunga atau faedah, pergaulan bebas dikatakan sebagai kemajuan atau moden dan sebagainya.

Dia Menggoda melalui Kegemaran Seseorang

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Syaitan menggoda seseorang melalui perkara yang paling digemari oleh orang itu. Syaitan dapat membaca kegemaran Nabi Adam iaitu agar hidup kekal dalam syurga. Oleh itu, syaitan menggoda Nabi Adam melalui buah khuldi (buah kekekalan).

Adalah menjadi kegemaran manusia iaitu kuasa, takhta dan wanita. Oleh itu sungguh banyak manusia yang kecundang melalui saluran tersebut. Sebagai contoh dengan kegemaran bola sepak, golf, sepak takraw, badminton. Berapa banyak mereka yang mempunyai kegemran seperti ini yang boleh menyebabkan mereka meninggalkan solat demi hobi mereka ini.

Menghalang Manusia Mnegikut Kebenaran

Iblis berkata : “Kerana Engkau telah menghukum saya sesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur (taat)”. (AL A;raaf/ 7:16-17)

Maksud: “Saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus“. Menurut Imam Al Qurthuby : iaitu menghalang-halangi mereka agar jangan mengikut jalan yang lurus. Dihiasinya kebatilan sehingga kelihatan indah dan menarik. Akhirnya mereka musnah sebagaimana dia musnah. Sedangkan maksud ” Jalan yang lurus” ialah jalan boleh menyampaikan manusia ke syurga.

Menurut Al Hakam Bin ‘Utaibah: “Dari hadapan mereka “ertinya dari dunia mereka,Dari belakang mereka “ertinyadari akhirat mereka, “Dari kanan mereka ” ertinya dari kebaikan mereka. “Dari kiri mereka ” ertinya dari kejahatan mereka.

 

Apa Komen Anda

1 comment… add one
  • syukur Link Reply

    dan iblis betul-betul selalu menggoda manusia dari segala arah. Mari kita selalu mendekatkan diri hanya kepada Allah SWT

Leave a Comment

Cancel reply