Cara Mengatasi Masalah Berdengkur

1

Berdengkur..Suatu yang tidak saya suka dengari ketika saya nak tidur..Saya ni jenis tak boleh dengar bunyi bising kalau nak tidur..penat atau mengantuk macam mana sekali pun kalau ada apa-apa gangguan bunyi seperti bunyi orang berdengkur biasanya saya tetap juga susah nak melelelapkan mata..Kadang jeles tengok kawan-kawan yang mudah je lelap..Tapi yang tak bestnya bila dia dah lena dia berdengkur pula..adoii alamatnaya mata saya pun terkebil-kebillah tak lena-lena..Bila dah bengang saya pun goyangkan badan dia hehhehe..Berhentilah sekejap tapi lepas tu dia sambung balik berdengkur..Mungkin penat sangat kot atau faktor badannya yang “semangat” tu..huhu..Aceh saya duk kata orang berdengkur macamlah saya ni tak berdengkur hehhe..

ok bila kita membincangkan topik berdengkur,mesti ada yang beranggapan bahawa dengkur hanya berlaku kepada orang lelaki..Tak betul tu,sebenarnya wanita juga ada yang berdengkur..Kajian menunjukkan 60 peratus masalah berdengkur berlaku pada lelaki dan 40 peratus lagi membabitkan wanita..

Data sebenar insiden berdengkur di Malaysia tidak diketahui,tetapi dianggarkan 50 peratus rakyat Malaysia berdengkur sekurang-kurangnya sekali (satu malam) dalam sebulan.Masalah dengkur dihadapi semua lapisan umur..

Kebanyakan orang menganggap berdengkur adalah perkara biasa,namun ia sebenarnya boleh mendatangkan kesan negatif kepada kehidupan dan kesihatan seseorang.Kesan paling cepat dan jelas ialah kerap berasa letih dan mengantuk pada waktu siang..

Faktor-Faktor Berdengkur:

1.Bentuk mulut iaitu samada lelangit lembut terlalu rendah,uvula(anak tekak\anak lidah) panjang,lidah terlalu besar atau tonsil bersaiz besar..Semuanya boleh menghalang saluran udara..

2.Banyak minum minuman keras sebelum tidur

3.Kegemukan juga menyebabkan dengkuran bertambah teruk

4.Terlalu letih

5.Masalah saluran pernafasan

6.Mengalami masalah tidur

Tips Atasi Dengkur:

1.Ubah gaya hidup dan kurangkan berat badan

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

2.Jangan minum minuman alkohol(semua orang maklum dalam islam arak itu haram)

3.Elak minum minuman yang mengandungi kafein sebelum tidur

4.Jangan merokok sebelum tidur

5.Ubah posisi ketika tidur..Masalah ini lebih jelas jika tidur terlentang berbanding tidur mengiring..Cuba biasakan tidur mengiring..Sebaiknya mengiring ke kanan sebab sunnah Nabi..

6.Jangan bersenam sebelum tidur

7.Titikberatkan kebersihan persekitaran sebelum tidur

8.Gunakan semburan hidung

9.Jangan ambil pil tidur

10.Kini ada kaedah lain boleh digunakan untuk membantu mengatasi masalah dengkur iaitu implan pillar yang ditanam pada lelangit lembut.

3

 

2

Apa Komen Anda

5 comments… add one
  • Saya memang berdengkur

    Jom vote for Mr Ray..

    Di video Keek paling best..

    http://www.melastikbintang.com/mr-ray/undilah-mr-ray.html

  • no.10 tu macam besi je…heeee.
    sesiapa yang berdengkur memang lansung tak sedar dah ganggu tidur orang lain.

  • Hehehe.. kesian sebenarnya pada yang berdengkur. Dah lah badan tak dapat tidur lena. Penat tau dan haus sangat tekak kalau berdengkur. Kita yang mendengar pon rasa penat. Haha. Tapi sama-samalah kita tolong kawan-kawan kita yang dengkur ni. Kalau boleh biarkan diorg tidur mengiring.

  • Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips dapat anak lelaki.

  • Daron Sito Link Reply

    Menurut pakar perubatan, tidur berdengkur berlaku apabila laluan udara dari hidung dan mulut ke bahagian paru-paru tersekat . Ia merupakan gangguan tidur biasa yang dialami oleh individu menyebabkan pernafasan mereka terhenti seketika ketika sedang tidur beberapa saat

Leave a Comment