Buah Khuldi Buah Larangan

Pernahkah anda mendengar cerita tentang buah khuldi? Buah khuldi ialah buah larangan di syurga. Kisahnya tentang buah khuldi ialah ketika Nabi Adam a.s memetiknya dan memakannya di syurga atas pujukan Hawa a.s kerana menurut hasutan iblis. Akibatnya, kedua-dua mereka diusir dari syurga lalu diturunkan ke dunia sebagai hukuman oleh Allah S.W.T . appleFruit

Menurut Surah Al-A’raaf ayat ke-19, Nabi Adam dan isterinya, Hawa dibekalkan dengan pelbagai makanan di syurga tapi dilarang memetik dan memakan buah daripada satu pohon kerana dikhuatiri akan menjadikan mereka golongan zalimun. Menurut surah ini juga daripada ayat yang ke-22 menjelaskan bahawasanya iblis telah menghasut isteri Nabi Adam, Hawa supaya memujuknya memakan buah daripada pohon tersebut yang dikenali sebagai buah Khuldi. Apabila mereka memakannya, maka kemaluan yang terselindung daripada mereka selama ini menjadi nyata, adapun mereka telah menutupnya dengan daun Syurga.

Mengikut kitab kristian pula, buah khuldi diceritakan dalam bab 2, kejadian menjelaskan yang iblis telah menyamar sebagai seekor ular lalu menghasut Hawa a.s supaya memujuk Nabi Adam a.s supaya memakan buah daripada pohon larangan itu walaupun Tuhan telah memberitahu mereka bahawa iblis itu adalah musuh mereka yang nyata dan buah daripada pohon larangan seharusnya dijauhi. Oleh kerana mereka tidak mentaati perintah Tuhan, maka terkutuklah keatas mereka berdua lalu segala kemaluan menjadi terang dan mereka telah menutupnya dengan daun dari Syurga.

Walaupun berlainan daripada segi agama dan kepercayaan, jelaslah dinyatakan dalam kitab kritian mahupun Al-Quran bahawa kisah buah khuldi dan Nabi Adam a.s adalah sama. Daripada dahulu hingga ke saat kini, adapun daripada pelbagai kepercayaan bahawa buah khuldi ada menyerupai buah-buahan di dunia. Antaranya ialah epal, anggur, tomato dan juga gandum. Mungkin ada antara pembaca yang tertanya-tanya kenapa gandum juga turut termasuk dalam buah yang menyerupai buah khuldi walaupun ia bukan daripada golongan buah. Ia turut termasuk dalam larangan kerana dalam bahasa Ibrani, gandum ialah ‘khitah’ dalam bahasa lain bererti dosa. Masyarakat lama mengatakan pohon gandum dahulunya adalah tinggi setinggi pohon palem. Oleh kerana ianya terlarang, lalu dikutuk menjadi kecil.

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Cerita lain yang mengatakan buah anggur menyerupai buah khuldi adalah kerana buah anggur mengandungi ekstak yang boleh memabukkan dan boleh dijadikan arak seperti wine. Ada kisah orang dahulu kala mengatakan Hawa a.s memetik buah anggur daripada pohon di syurga, rasanya yang boleh memabukkan menjadikan mereka lupa diri lalu melakukan larangan Tuhan, iaitu bersetubuh. Walabagaimanapun, cerita ini adalah tidak diketahui kebenarannya dan hanya menjadi rahsia Allah S.W.T.

Allah SWT berfirman  dalam Al-Qur’an Surat Thaahaa (ayat ke-20) yang bermaksud : “Maka keduanya memakan dari pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupi dengan daun-daun surga, Dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia. Tuhan memilihnya maka Dia menerima taubatnya Dan memberi petunjuk.”

~SubhanaAllah~

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment