Bicara Rawatan Islam Ustaz Faizal Mualij

Faizal mualij

Ada ilmu dan pengajaran yang boleh kita ambil dari bicara Rawatan Islam Ustaz Faizal Mualij berdasarkan pengalamannya sebagai seorang perawat perubatan islam..

Bicara Rawatan Islam 1 : “Jika sakit perut makanlah madu lebah”

“Berikutan seorang kanak kanak berusia 13 tahun sudah terlantar 3 hari kerana mengalami sakit perut dan sering muntah serta cirit birit… kebetulan saya datang menziarahi keluarga mereka di Johor Bahru… kata ayahnya, sudah 3 hari tidak ke sekolah dan telah mendapatkan rawatan di klinik namun kata doktor kemungkinan anaknya mengalami keracunan makanan… anaknya seperti tidak bermaya dan tiada selera makan… saya hanya meminta ayahnya madu lebah… kebetulan mereka ada menyimpan ‘madu lebah tualang’… saya sediakan segelas air minuman, dan campurkan madu lebah 2 sudu… kemudian saya larutkan… sebelum minum, saya membacakan surah AL FATEHAH sebanyak 3x dan memohon pada ALLAH mudah mudahan anak itu sembuh… dan setelah 15 minit ALLAH telah sembuhkan anak itu selepas minum madu lebah itu tadi…BIIZNILLAH”

Bicara Rawatan Islam 2 : “Datang seorang pemuda dengan kakinya yang bengkak dari paras lutut hingga hujung kakinya..setelah diruqyah terjadi perbualan dengan jin…

Saya:”Apa urusan kamu dalam badan orang ini?”

Jin:”Dia sepak aku sewaktu aku nak pergi masjid,aku duduk lah kat kakinya..”

Rupa-rupanya pesakit ini sedang bermain bola waktu maghrib di padang bola,jadi selepas bermain tiba tiba kakinya bengkak dan semalaman tidak dapat tidur.. Namun Allah sembuhkannya selepas sahaja dirawat..

Pengajaran kepada pemain bola sepak Janganlah sampai waktu maghrib pun belum sudah lagi”
Bicara Rawatan Islam 3 : Seorang perempuan berambut panjang dan warna perang,memakai seluar “jeans” ketat serta memakai baju lengan pendek datang ke pusat rawatan..

“Saya datang untuk mendapatkan rawatan Islam.”..Senyum je lah namun saya kata padanya.”betul ker?”..,alahai kesian kan dengan mereka,dengan wajahnya pucat, mata kemerahan berair,mengambarkan beliau benar benar sakit..,sebenarnya Allah telah membuka ruang dalam hatinya untuk menjadikan seseorang menjadi baik.. Jadi saya buatlah seperti biasa,menyuruhnya ambil wudhuk dan memakai telekung, apabila menjalani proses Ruqyah tiada tindak balas apa pun..Akhirnya saya menyuruhnya pulang dengan berbekalkan air ruqyah dan menyuruh melakukan solat taubat,5 waktu jangan tinggal,dan menutup aurat..Dia akur dan selepas 3 hari saya merawatnya semula dan ternyata ada tindakbalasnya dengan izin Allah dan beliau sembuh selepas 2 kali dirawat..Akhirnya beliau istiqomah menjaga aurat dan ibadah..Biiznillah”

Bicara Rawatan Islam 4 : “Buat rawatan ke atas seorang nenek berusia 80an dan keadaan fizikalnya masih kukuh dan rajin buat amal..Masalah beliau sering bermimpi lelaki yang dikenali dan sering mengalami gangguan semasa tidurnya..Yang jadi celaru dia sangkakan orang itu menyihirnya..Namun saya kata tidak..Lalu semasa proses rawatan keluarlah dari mulutnya dalam keadaan kerasukan..

“Aku sayang dia,aku dah kahwin dengan dia,hari hari aku tidur dengan dia.” Istighfar panjang saya..Rupa-rupanya jin kalau suka manusia tak kira umur.. Betullah ada pepatah menyatakan “cinta tak mengenal usia” huhuhu (spesis JIN ASYIK)”

Bicara Rawatan Islam 5 : “Khas untuk perawat,sekiranya suami sakit tetapi apabila diruqyah tak jadi apa apa..jangan lupa ruqyah isterinya..begitu juga apabila berlaku sebaliknya..si isteri sakit jika tiada apa apa jangan lupa ruqyah suaminya pula..kerana di dalamnya ada penawar”

Bicara Rawatan Islam 6 : “SIHIR CINTA”

“Tujuan untuk memiliki dari hasutan nafsu sehingga mencapai alam perkahwinan.. Begitulah pasangan suami isteri ini rahsianya terbongkar apabila punca masalah yang dihadapi mereka adalah bermula dengan masalah anak pertama yang baru lahir tidak berhenti menanggis pada waktu tengah malam..Saya hanya merawat ibu kepada bayi berkenaan dan akhirnya cerita lain pulak yang timbul iaitu hasil perbuatan si suami terhadap si isteri sebelum bernikah..Namun selepas rawatan dianjurkan sembahyang taubat dan melakukan amalan kebajikan..Dari kisah ini mungkin ramai lagi diluar sana yang menggunakan ilmu seperti ilmu pengasih atau pelbagai minyak untuk memikat mangsanya kononnya kerja mereka tidak diketahui namun sesungguhnya Allah itu lebih Mengetahui dari apa yang kamu kerjakan..Biiznillah”

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Bicara Rawatan Islam 7 :”Pengalaman berkenalan dengan seorang sahabat..nampak gaya nyer alhamdulillah,berakhlaq,ada ilmu agama dan suka membaca quran.. Beliau berasal dari Sabah,dalam pada tu beliau telah menceritakan sedikit pengalaman sewaktu jadi bomoh “penangkal ilmu telur”..Beliau telah menunjukkan sedikit demo..Telur boleh melayang kemana sahaja dengan arahannya..Telur ini digunakan sebagai angkut angkut..Ceritanya lagi,kebanyakkan sihir ini paling aktif pada waktu maghrib..Kalau di kampungnya dah biasalah nampak telur ni terbang terbang..Lepas tu keesokan harinya pasti ada berita yang jatuh sakit.. Agak agaklah siapa yang mendukung telur tersebut??..dan menghairankan lagi, sahabat tadi sudah bertaubat tapi ilmunya masih sebati dalam dirinya..Entahlah malas difikirkan,semua tu adalah ketentuan Allah..Cuma nak beritahu sewaktu berdemo,ianya boleh dibatalkan dengan membacakan ayat pembatal sihir,dengan izin Allah telur itu jatuh..Biiznillah”

Bicara Rawatan Islam 8 : “Sudut kajian mengenai sihir yang pernah saya lalui pengalaman ini iaitu merawat si mangsa sihir dan si penghantar sihir (rangkaian yang sama)..Situasinya pada mulanya si mangsa sihir ini disihir atas asbab menyakiti hari orang lain..Soal selidik dari hati ke hati..Si mangsa ini mempunyai duit dan harta yang banyak..(dalam hatinya ada sifat riak dan sombong)..Satu hari beliau membeli kenderaan baru dan suka menunjuk-nunjuk pada jirannya..Atas asbab itu perangainya tidak disukai oleh jirannya sehingga ada yang menyebabkan irihati dan akhirnya berhasad dengki..Timbullah pula cerita dia sakit,secara ringkas dia disihir..Si mangsa sihir ini melalui perubatan Islam dan akhirnya dari amalan kebajikan yang dianjurkan kepadanya akhirnya dia menjadi insan soleh..Atas asbab itu telah sempurnalah amalannya dan sentiasa istiqomah,dengan izin Allah dia disembuhkan..Rangkaian sihir itu tidak berakhir,rupa rupanya sihir ini kembali kepada si penghantarnya (jiran) yang pernah menuntut dari seorang dukun..Setelah lama berubat dengan gurunya tiada kesembuhan sehingga berabis wang ringgit akhirnya Allah mengerakkan hatinya supaya mencari rawatan Islam..Namun melalui rawatan,beliau sembuh tapi tidak sepenuhnya oleh kerana ada sebab sebab tertentu..Inilah satu ikhtibar pada kita mereka ini ada persamaan iaitu Allah membayar kifarah mereka atas sebab mereka sendiri..Namun si mangsa sihir tadi hanya bermasalah pada hatinya (mempunyai sifat mazmumah) ia hanya bermasalah dengan Allah sahaja namun setelah dia bertaubat,Allah terima taubatnya tetapi si penghantar ada masalah pada hati dan masalah pada manusia..Jadi sedikit kesembuhan itu mungkin atas masalah dia telah mensyirikkan Allah namun dia bertaubat,tetapi selebihnya yang masih ada, perlu dirinya memohon maaf pada manusia yang dihantar sihir itu..wallahu a’lam..Dengan bicara secara ringkas ini mudah-mudahan memberikan manfaat pada kita semua iaitu musibah atau bala’ itu datang atas asbab manusia itu sendiri.. dan gangguan serta rawatan hanya jalan cerita yang Allah telah tentukan… Biiznillah”

Apa Komen Anda

4 comments… add one
  • assalamualaikum ustaz.saya ni dah lama sakit dan bengkak lutut. Dah mcm rawatan buat tapi tak ada kesan. Ini no saya
    019524517

  • adzrin Link Reply

    Assalamualaikum ustaz.sy ada masalah rumahtangga.harap ustaz dapat sms sy 0139418538

    • Minda Kini Link Reply

      W’salam boleh hubungi terus ust abu nafis di talian 011-29649740

  • yaya Link Reply

    Boleh ke ustaz ubatkan atau melihat orang tersebut dari jauh?

Leave a Comment