Bahasa Adalah Seni Ciptaan Allah

bahsa burung

Allah ‘azza wa jalla menciptakan bahasa padanya ada seni yang mungkin tidak semua dikalangan kita sedari..Setiap makhluk yang Tuhan jadikan ada bahasanya yang tersendiri..Oleh itu sebenarmya angin juga  bercakap dengan bahasanya,burung bercakap,air bercakap,bumi bercakap,kubur bercakap,ulat bercakap,batu bercakap,Syurga dan Neraka juga bercakap..Tetapi bahasa mereka hanya Tuhan yang faham..Dan Tuhan menganugerahkan kefahaman bahasa tersebut kepada sesiapa sahaja yang Tuhan kehendaki seperti mana Nabi Sulaiman ‘alaihis salam memahami bahasa Haiwan dan angin..

Bahasa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala cipta bukan sahaja dengan percakapan malah ada yang dibsebut sebagai bahasa bunyi,bahasa gerak-geri dan bahasa gelombang..

Contoh bahasa percakapan adalah bahasa bangsa-bangsa manusia seperti bahasa Melayu..Bahasa bunyi seperti jeritan neraka memarahi penghuninya..Bahasa gerak-geri seperti bahasa orang bisu menggunakan tangan..Bahasa gelombang seperti suara orang ditalian telefon bimbit bergerak ke udara tanpa bunyi tetapi ia masih dapat didengari oleh orang yang ada alat untuk menerima gelombang yang sama contoh tv dengan tv dan radio dengan radio..

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Ada juga bahasa yang Tuhan anugerahkan kepada kekasihnya sahaja iaitu bahasa hati yang dapat menghubungkan antara wali-wali Allah diseluruh dunia samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..Bahasa ini tiada bunyi dan tiada suara..

Dan kadang-kala bahasa ini ada suara dan boleh melangkau ribuan kilometer seperti peristiwa Saidina Umar r.a. memberi arahan kepada tentera Islam yang sedang bertempur ratusan kilometer dari tempatnya.Bahasa hati juga disebut sebagai firasat..Orang yang dianugerahkan bahasa hati ini adalah orang yang perasaan dan gerak gerinya mendapat pimpinan dari Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Takutlah olehmu firasat oran mukmin kerana ia memandang dengan cahaya Allah.” (Hadis Riwayat At Tarmizi)

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment