Apakah menggunakan inhaler membatalkan puasa?

inhaler

 

Hukum menggunakan inhaler bagi penghidap asma sewaktu berpuasa:

Fatwa Syaikh Dr.Ali Jum’ah(bekas mufti mesir) hafizahullah :-

وكل ما دخل إلى جوف الإنسان عن طريق فتحة طبيعية مثل الفم والأنفوالأذن فإنه يكون مفطرا والبخاخات التي تستعمل في مثل الحالات التي ذكرت في السؤال تدخل رزازا إلى جوف الإنسان مما يؤدي إلى فطر من استعملها وعدم انعقاد صيامه…………… فإن البخاخات المستعملة في مثل هذه الحالات مفطرة للصائم
“Dan setiap apa yang masuk ke dalam rongga seseorang insan melalui jalan yang terbuka secara semulajadi seperti mulut,hidung dan telinga, maka jadilah ianya membatalkan puasa..Penyembur (inhaler / spray) yang digunakan seumpama dalam situasi yang disebut dalam pertanyaan (yakni penggunaan inhaler bagi penghidap asma) memasukkan sesuatu semburan ke rongga seseorang insan yang membawa kepada batalnya puasa sesiapa yang menggunakannya …. Sesungguhnya penyembur yang digunakan dalam situasi ini membatalkan puasa orang yang berpuasa”..

Fatwa beliau yang dihimpunkan dalam kitabnya yg berjudul “al-Kalimuth Thoyyib”,Dr. ‘Ali Jum’ah juga menyatakan pada halaman 109:-

“Jika ubat yang digunakan dengan perantaraan penyembur (spray) tersebut sampai ke rongga seseorang melalui mulut atau hidung,maka ianya membatalkan puasa..Jika tidak sampai sesuatu daripadanya ke rongga,maka tidaklah ianya membatalkan puasa..Dalam situasi batalnya puasa,maka wajiblah seseorang itu mengqadha`nya pada hari-hari lain setelah hilang penyakitnya..Jika penyakitnya itu berpanjangan tanpa ada harapan untuk sembuh,maka menurut hukum syarak tidaklah wajib atasnya untuk berpuasa,tp dia diwajibkan mengeluarkan fidyah berupa memberi makanan untuk siang dan malam kepada orang miskin sebanyak hari yang dia tidak berpuasa itu.”

Seorang Faqih di mesir Syaikh ‘Athiyyah Saqar rahimahUllah,yang juga mantan ketua Lujnah Fatwa al-Azhar asy-Syarif,menyatakan pendapat yang sama dengan yang diutarakan oleh Mufti Dr. ‘Ali Jum’ah di atas..Di mana dalam himpunan fatwa beliau “Ahsanul Kalaam fi al-Fatawaa wal Ahkam”,beliau menyatakan antara lain:-

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

فقد قال العلماء: نقط الأنف والبخار الذي يشم من إصبع الربو يبطل بهما الصيام، وإذا كان المريض لا يستغني عنهما في الصيام؛ جاز له الفطر وعليه القضاء بعد الشفاء من المرض، وإن كان المرض مزمنا لا يرجى شفاؤه كان له الفطر، وعليه الإطعام عن كل يوم مسكينا

“Para Ulama telah berpendapat ubat titik hidung dan wap (yakni wap ubat /nebulizer ) yang disedut oleh penghidap asma membatalkan puasa..Apabila si pesakit terpaksa menggunakannya tatkala berpuasa,maka haruslah dia berbuka dan hendaklah dia mengqadha` puasanya setelah dia sembuh dari penyakit..Jika sekiranya sakitnya berpanjangan tanpa ada harapan untuk sembuh,pesakit tersebut tidak perlu berpuasa,dia hendaklah membayar fidyah dengan memberi makan kepada orang miskin pada setiap hari (yang dia tidak berpuasa)”

Demikian juga fatwa daripada Dr. Ahmad al-Haji bin Muhammad al-Mahdi bin Ahmad bin Muhammad ‘Assaf al-Kurdi,seorang Ulama yang menjadi pakar syariah (fiqh) di Kuwait dan anggota lembaga fatwanya,menyatakan:-

فالبخاخ مفطر للصائم، فإذا احتاج إليه المريض حاجة كبيرة في نهار رمضان ولم يغن غيره عنه، فله الفطر ثم القضاء بعد العيد. وعند العجز الدائم عن الصوم تجب الفدية.

“Penyembur ubat (inhaler) itu membatalkan puasa orang yang berpuasa..Maka apabila orang sakit itu sangat memerlukannya pada siang hari Ramadhan dan tidak ada cara lain selain daripada menggunakannya,maka dia boleh berbuka kemudian mengqadha` puasanya selepas hari raya..Sekiranya dia lemah daripada berpuasa selamanya,wajiblah dia membayar fidyah.”

Selain daripada mereka di atas,ramai lagi ulama yang berfatwa batalnya puasa bagi orang menggunakan inhaler ketika berpuasa..Antaranya Syaikh Dr. Wahbah az-Zuhaili…

Wallahu ‘alam..

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment