“Alangkah Indahnya Jika Aku Hidup Dizaman Rasulullah”

Zaman NabiSahabat-sahabat yang dirahmati Allah dan dicintai Nabi….

Mesti anda biasa dengar ada orang yang berkata “Alangkah indahnya kalau aku hidup dizaman Rasulullah” “untunglah dapat hidup sezaman dengan Nabi” dan seumpamanya..

Hehehe mungkin mereka ni lupa kot…yang dizaman Nabi itu ada yang bernama Abu Bakar,ada juga yang dipanggil Abu Lahab.. Ada Umar,ada Abu Jahal…. Ada yang mengucap dua kalimah syahadah tapi itu hanya dimulut lain dihati,itulah dia Abdullah bin Ubay..bapak segala munafik… Persoalannya ialah jika anda hidup dizaman Rasulullah s.a.w adakah anda pasti yang anda akan bersama-sama Abu Bakar dan Umar menyahut seruan risalah Rasulullah?..Jika anda beriman dengan risalah Nabi .s.a.w bagaimana pula dengan isteri dan ahli keluarga anda?

Hayati perbualan seorang sahabat Nabi bernama al Miqdad bin al aswad bersama beberapa orang dikalangan tabi’en((org yg tk smpt brjmpa dgn Nabi)..

Suatu hari beberapa orang tabi’en duduk di majlis al Miqdad bin al aswad..Seorang dari mereka berkata “beruntunglah kedua matamu kerana pernah melihat Rasulullah s.a.w..Kami berharap sangat mata kami ini boleh melihat apa yang pernah kamu lihat dahulu..kami dapat meyaksikan peperangan Nabi sebagaimana kamu telah menyaksikannya..Kata al Miqdad bin al aswad dengan nada yang marah “kenapa kamu cakap macam ini?”..mereka hairan kenap al Miqdad bin al aswad marah..lantas al Miqdad bin al aswad menceritakan pengalaman hidupnya “Demi Allah,aku melihat dengan mata aku dizaman Nabi s.a.w ramai orang yang melihat Nabi tapi berapa ramai yang Allah humban mereka ke neraka jahanam(dia nk kata bersykurlah tak hidup dizaman Nabi,leh jd klu mereka hidup dizaman Nabi merekalah yg melawan Nabi).. mereka yang ramai melihat batang tubuh Nabi itu tak percaya dengan Baginda..Hidup Dizaman Rasulullahsepatutnya kamu bersyukur Allah takdirkan kamu lahir-lahir beriman dengan Allah tanpa kamu melihat Nabi..cukuplah orang-orang dahulu menanggung bala dari kamu yang menanggung..ketika Allah mengutuskan Nabi s.a.w dalam suasana yang sangat dahsyat,ujian kaum yang degil sebagaimana Nabi-nabi yang terdahulu..mereka melihat Nabi membawa agama yang lebih baik dari sembahan bahala,Nabi membawa al Quran yang mmbezakan antara hak dan batil..tiba-tiba kebenaran al Quran yang Nabi bawa ini bukan sahaja mmbezakan antara hak dan batil bahkan mmbezakan antaraseorang ibu dengan anaknya,anak dengan bapa(dia nk kata,dizaman Nabi berlaku ank beriman bapa tk beriman begitulah sebaliknya,sanggupkah nk hadapi ujian macam ini) ,ketika itu seorang yang beriman tapi ibu, ayah,adik dan anknya tidak beriman,namun Allah memilihnya beriman dengan Nabi..Orang yang hidup dizaman Nabi ini mereka kenal dikalangan saudara mara yang pasti masuk ke neraka”…

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

Besar sungguh ujian yang pernah ditempuhi oleh para sahabah Nabi..sebab itulah al Miqdad bin al aswad melarang dari bercita-cita atau mengimpikan dapat hidup dizaman kenabian…

Teringat kisah Abu Ubaidah bin Jarrah r.a yang mana beliau telah membunuh bapanya sendiri dalam peperangan Uhud kerana bapanya kafir menentang Rasulullah.. Abu Jahal pula walaupun dia  “tailong”  penentang kuat risalah Nabi tapi anaknya Ikrimah r.a. beriman dengan Nabi..Demikianlah Nabi s.a.w sendri  menentang Abu Lahab bapa saudaranya sendri..sudah tentulah Nabi dan para sahabat sedih kerana yang menentang islam itu adalah dari darah daging mereka sendiri…

Apa Komen Anda

0 comments… add one

Leave a Comment